BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 25 October 2011

Most of the time kita akan fikir, nak mendapatkan cinta tu dah satu hal susahnya…kemudian dah dapat bercinta, fuhh lega la, settled la kononnya. Sekali BOOM! … rupa-rupanya, lebih susah lagi bila kita nak menjaga pulak perhubungan tu…It’s not easy, keeping the love save and sacred is so MUCH HARDER!

Cuba anda tanya soalan ini pada diri anda sendiri, "Adakah percintaan ini, cukup baik untuk aku sebenarnya? Adakah pasangan aku tu worth saving? Adakah dia akan menghargai perhubungan ini lebih-lebih lagi selepas aku tangani kesemua ‘pembunuh-pembunuh cinta’ ini?"

Well, pastinya setiap kesusahan dan cabaran di dalam cinta boleh kita atasi… NAMUN, ada lebih baik kita tahu, apa dan siapa pembunuh cinta itu, sekurang-kurangnya kita boleh bersedia untuk menhadapi rintangannya, moga-moga dengan izin Allah, kita dapat atasinya dengan tenang dan dihargai pasangan kita pula…HERE GOES the list…

1. SIKAP BENCI PADA APA SAJA YANG DIA SUKA – Tanpa anda sedari salah seorang pembunuh cinta yang sebenarnya adalah diri anda sendiri! Yaa… mungkin anda benci dengan kariernya, benci dengan pendapatnya, benci dengan sosial life dan cara dia berkawan. Kesemua sikap benci anda kepada apa saja yang sudah sekian lama menjadi kesukaannya, hanya akan membunuh perhubungan cinta anda. TERIMA je laa...atau break je kalau tak suka.

2. MELAYAN BEKAS KEKASIH – Hehe…mungkin di depan anda pasangan anda akan kata it’s okay, I tak jealous pun…as long as you tak buat apa-apa I’m good. Yaaa right! …cuba dia pula yang melayan bekas kekasih dia, macamana pula yang anda rasa? Siang malam ex dia asyik call je…konon nak minta bantuan. Lepas tu pasangan anda pula kata, “Jangan risau I Cuma nak tolong selesaikan masalah dia je” …hehehe, well jika anda sayangkan perhubungan tu, jangan bawa masuk pembunuh cinta anda ke dalam perhubungan itu…. “Let gone…be by gone!”

3. SIAPA YANG SALAH – Jika sikap ingin mencari salah siapa ada pada both of you…dan both of you lah pembunuh cinta itu! Cari solusi…dan selesaikan masalah yang berbangkit. JANGAN sibuk nak mencari salah siapa. You kata dia salah, dia kata youuuu yang salah!... setiap masa pulak tu. ADOI!! BOSAN BEB… nanti partner you cakap, “kalau berterusan macam ni, baik aku cari lain!” haaaa…. Kan dah terbunuh cinta tu. Sedangkan anda berdua sebenarnya amat mencintai antara satu sama lain, tetapi hanya kerana keegoaan tidak mahu kalah…anda kematian sebuah cinta sejati!

4. TERJUN DALAM DIRINYA – Seperti seorang yang CONTROL FREAK! Segala-gala dia nak kawal, sehingga dia masuk dalam hidup anda…malah dia ada semua password anda, email, facebook, twitter, youtube. Lepas tu dia boleh menyamar jadi anda pulak! Habis semua orang dia maki hamun guna nama you. Lepas tu phone you pun dia kawal… asal ringing, dia yang jawab. Sms masuk dia yang baca dulu. Habis segala-gala tentang hidup you semua dalam tangan dia… obviously, percintaan sebegini, JAMIN tidak akan kekal lama. Dia adalah pembunuh cinta anda!

5. SUDAH TERLALU TERBUKA – Nak tahu mengapa cinta anda dan dia hambar? INILAH SEBABNYA! Apabila sudah tiada misteri lagi, apabila sudah tiada rahsia lagi, segala-gala sudah begitu selesa bersama sehingga tiada lagi perasaan malu antara satu sama lain, maka dalam diam-diam, terbunuhlah cinta yang sudah sekian lama berputik. Anda fikir, kerana cinta anda mahu memberitahu segala-galanya pada dia maka dia akan cintakan anda sampai bila-bila… well you’re DEAD wrong! …save a little bit of yourself for yourself! Minta dia respect privacy anda jika dia benar-benar cinta. DON’T tell everything about yourself… or your past! Kalau dah lama bercinta… atau sudah lama berkahwin, biar sentiasa ada rasa malu… contoh : Jangan amalkan 'melepas angin' begitu saja atau jangan tonjolkan keseluruhan tubuh badan anda tu… Jika sudah begitu… apa ada lagi yang tinggal? NOTHING! …macamana nak hangat lagi percintaan tu?


6. TABIAT SUKA MENIPU – Bukan menipu besar-besaran ni… menipu yang kecil-kecil. Yaa… kita ingat tak pa lah tipu sikit-sikit… The fact is, seorang yang sudah terlalu banyak sangat menipu ..akan menjadi seorang yang sudah tidak tahu lagi yang mana satu yang dia tipu dan yang benar. Tabiat menipu dia sudah sampai ke tahap kritikal. Sampaikan benda yang dia tak perlu tipu pun dia menipu. Apabila pasangan bertanya, “Lunch kat mana tadi?”… automatik terkial-kial menjawab soalan, “Tak makan pun” - Sedangkan anda keluar makan dengan kawan-kawan. Benda yang sekecil itu pun sudah menjadi tabiat anda untuk menipu… Mungkin sebab tak nak dia marah or terasa hati... namun, cuba teruskan amalan menipu kecil-kecilan ni, jika anda mahu membunuh percintaan anda suatu hari nanti.

7. CEPAT COUPLE – Belum pun sebulan anda sudah falling in love, belum pun kenal muka anda sudah tak mahu kenal orang lain. Baru chatting siang malam, dan belum pun berjumpa anda sudah anggap dialah cinta anda, siap jeles-jeles lagi. Lepas tu siap rindu-rindu lagi... I miss you so much gitu! Jumpa keluarga anda pun belum tapi sudah declared COUPLE! ..lalu bercintalah. NOW, perangai sebenarnya mulai terbongkar… sikap pemalas, tak suka berusaha kurang bertanggung jawab... muncul satu persatu. Anda kata, "Dulu dia tak macam tu... tapi sekarang semenjak couple ni jadi macam ni, harap-harap dia berubah" - YANG sebenarnya beb, perangai dia memang macam tu dari dulu lagi... tapi takkan nak tunjuk! Sikap cemburu giler, kedekut, pemarah, anti sosial…all that is out! Now, nak salahkan siapa? …salahkan diri sendiri je lah kerana, anda yang membunuh cinta anda itu kerana TERLALU CEPAT COUPLE! Proses mengenal isi hati dan budi pekerti…mengambil masa yang lama…sangat lama, minimum 1 year at least laa…in fact, sesetengah suami isteri YANG SUDAH 10 TAHUN KAHWIN pun masih belum betul-betul kenal antara satu sama lain, inikan pula anda yang baru berkenalan beberapa bulan…dah nak couple? Biar betul…

8. SIKAP SUKA MEMBANDING – Mungkin secara tidak sengaja, anda terbuat dan teramalkan perkara ni selalu…suka sangat membanding-banding segala kejayaan dan kebahagiaan lalu yang pernah anda kecapi dengan orang lain atau dengan your ex…. Obviously sikap seperti ini hanya akan membunuh cinta anda.The best thing to do adalah CREATE A NEW MEMORIES, tak perlulah nak hidup di zaman lalu… hidup di zaman sekarang dengan mencipta segala kenangan-kenangan baru yang manis dan sendu untuk menyemarakkan lagi percintaan itu serta menyimpan CITA-CITA untuk bahagia di masa hadapan, cara begitu lebih menyelamatkan cinta.

9. MEMBUANG DUNIA ANDA – Sebaliknya, hidup hanya dalam dunia dia! Honestly jika berlaku perpisahan... bukan dia yang bersalah beb... YOU! Anda yang bersalah, kerana anda telah membunuh dunia anda sendiri... membuangnya jauh, hanya kerana cinta. - SEDANGKAN, dengan memiliki dunia anda, pasangan anda akan lebih menghormati. Tanpa anda sedari dengan membuang dunia anda, anda sebenarnya mencipta pembunuhan terhadap percintaan anda. Anda punya keluarga, anda pinggirkan mereka. Anda punya teman-teman yang selalu menyokong anda, anda sudah tidak berkawan lagi. Anda punya karier yang anda amat cintai, anda berhenti. ANDA BUANG DUNIA ANDA sendiri semata-mata mahu membahagiakan dia... sehingga anda terlupa yang anda juga perlu dibahagiakan. Well, pada awal perhubungan mungkin anda merasa selesa BUT trust me... bila perhubungan anda sudah memakan usia... di saat itu baru anda sedar betapa pentingnya dunia anda, keluarga, kawan-kawan, pekerjaan yang anda suka, betapa rindunya anda melakukan segala-gala benda yang anda suka ...anda rindu dunia anda! NAMUN, segala-galanya sudah terlambat. Ramai juga yang putus arah apabila putus cinta atau yang bercerai... pabila sudah lama membuang dunia mereka sendiri... again, andalah pembunuh percintaan anda sendiri!

10. OBSESSI KERANA CEMBURU – Ini adalah yang paling ramai berlaku dan PALING KRITIKAL! Berjaga-jaga dan syak wasangka itu bagus…tetapi apabila ianya keterlaluan, anda hanya sekali lagi… membunuh perasaan cinta pasangan anda. Sejujur-jujur ayat yang boleh Bro Razzi katakan adalah, “RIMAS GILER BEB!” hehe… yaa, it’s true. Setiap orang memerlukan kebebasan untuk bergerak, especially dalam kerja, pergaulan dan kehidupan seharian, jika anda asyik nak check 24/7 apa dia buat, dengan siapa dia jumpa, siapa yang hubungi dia, kemana dia pergi hari ni, berapa tempat dia pergi, mengapa telefon dia engaged, mengapa dia tak jawab call, apa yang dia bualkan dengan kawan-kawannya, apa yang dia sembunyikan dari anda, mengapa dia begitu, mengapa tidak begini? … fuhhh, Razzi cakap semua ni pun rasa tension beb, I'm sure anda sendiri pun rimas, kan?! Jadi mengapa mesti lakukan? Kalau anda tidak percaya kepada pasangan anda mengapa mahu bercinta dengan dia? Dan sampai bila anda nak syak wasangka ni? Sampai bila-bila? …bila nak bahagia kalau macam tu? Baik cari orang lain saja yang anda tidak ada rasa takut dia dirampas orang, that way… anda selamatkan perhubungan itu. Now choose! You see... Sekiranya pasangan anda atau anda sendiri memiliki sikap prasangka buruk sebegini…maka dialah pembunuh terunggul percintaan anda... lambat laun akan hilang segala-gala kemanisan cinta yang dikecapi... I call it "SLOW DEATH of LOVE"
Basically, ianya tidak perlu mengambil orang lain, atau tidak perlu melihat jauh untuk mengenali siapa pembunuh cinta itu sebenarnya. Ia samada anda atau...err anda atau dia…atau kedua-duanya sekali! Hehe :)

Jadi, apa yang perlu anda buat? Apa pula yang perlu pasangan anda lakukan? …simple je JAUHKAN DARI MENJALANI HIDUP SEPERTI SEORANG PEMBUNUH CINTA… hindarkan jika anda benar-benar cinta. Jangan beri makan keegoaan anda itu… jangan suap nafsu sarakah anda dengan ketaksuban cinta sehingga membunuh segala-galanya…
Ini adalah untuk anda dan pasangan anda… adakah anda mendapat kepuasan hebat dari sikap anda yang sebegitu? …atau, tidakkah ianya sesuatu yang bernilai jika anda hindarkan?
tinggalkan persoalan ini kepada anda sendiri untuk membuat keputusannya… all the best and always, BELIEVED!

Aku, kau biarkan…

I'm sure you pun pernah merasakan diri begitu dicintai... bahagianya bila dapat bersama dengan yang tercinta, kan?, bestnya bila selalu saja yang tersayang tu call, sms...nak jumpa jeeee selalu. Pernah, kan?...

Pernah tak, semua perkara yang penting-penting dalam hidup dia, mesti nak cakap kat kita. Sampaikan, semua perkara dia mesti tanya kita dan selalu nak bincang dengan kita dulu. Apa sajalah...mesti minta pendapat kita.

Dan jika dia hadapi masalah pula... susah nak fokus pada kerja, perselisihan faham dengan keluarganya atau kawan-kawan... apa sajalah kan, dia mesti kongsi masalah itu dengan kita, kan?

Well, itulah PERHUBUNGAN CINTA yang sebenar... "SHARING!" - Even facebook pun permudahkan SHARE function untuk mengeratkan lagi persahabatan, perhubungan...

That's a relationship is all about...to have someone that we can SHARE everything with!
Apabila kita mempunyai perhubungan sebegitu... dengan sendiri kita akan percaya pada dia. Hinggakan walau berjauhan, kita begitu yakin dia cintakan dan sayangkan kita. Sampai tak perlu nak susah-susah atau merasa risau menunggu a call dari dia ...we know dia pasti contact! "best betul lah kan... ahhhh..." ;)


NAMUN...as time goes by...slowly, dan sedikit demi sedikit, kita kehilangan saat itu...sehingga membuat kita tertanya-tanya, Apa yang telah terjadi?

Mengapa sms sudah tidak seperti dulu?...

Mengapa sudah tiada telefon call dari dia?

Mengapa dia selalu menghilang?

Mengapa sudah tiada perbualan mesra? ...
Mengapa sudah begitu jauh terasa dia dan kita, padahal dia bagai berada di depan mata? Just a minute away... just a call away, tapi kita rasa sudah tiada kemesraan...terasa, "Aku...kau biarkan...sedangkan hati masih cinta..."

TETAPI... Adakah penting MENGAPA perubahan itu berlaku? Mengapa itu, mengapa ini, mengapa tidak seperti dulu...mengapa...mengapa...Sekiranya kita tahu mengapa, apa yang boleh kita lakukan?

Jika jawapannya, KERANA ada orang ke tiga... KERANA dia sudah bosan dengan kita... KERANA dia sudah tidak ada rasa cinta lagi pada kita... SO, apa yang boleh kita lakukan jika kita tahu mengapa sekali pun??

MEMANG sedih sangat apabila, kita begitu teruja nak berkongsi kegembiraan atau apa-apa saja tentang kehidupan kita seperti selalu kita share dengan dia...tetapi tak dapat nak share...sebab dia tiada di situ...

Perasaan kita yang sentiasa ingin berkongsi dengannya segala kejayaan kecil maupun besar, sudah tidak dapat dilakukan lagi. Malah dia sudah tidak bertanya tentang apa-apa dengan kita lagi, segala pendapat kita juga sudah tidak dihiraukan lagi...segala masalah yang dihadapinya juga, diatasinya sendiri... kejayaan mendapat apa yang dihajati selama ini juga.... sudah tidak diberitahu, tidak dikongsi lagi, ...sedih...sedih sekali..."Aku, kau biarkan begitu saja..."

Kita masih ingin saat bersama seperti selalu...kita inginkan cinta terus mekar, kita inginkan risaunya, hibanya, kegelisahannya...juga gelak ketawanya yang mencairkan hati ini... kita inginkan dirinya di situ, inginkan cintanya terus padu... namun kita dibiarkan...

...dibiarkan dengan janji, harapan, kononnya cinta masih diawangan, sedangkan hidup kita dan dia seolah-olah, cinta itu bagai tidak pernah ujud!!
Jadi, persoalannya... "Adakah kita menanti dan terus menanti dirinya...atau kita anggap segala-galanya masih seperti sediakala? --

JAWAPANNYA - KEDUA-DUANYA SALAH!

SOLUSI :

Cuba dengarkan hati kecil mu berbisik, rasakan naluri indah mu menggertik lemas dalam keinginan ingin tahu... yang mana MENGAPA itu tidak penting...KEMANA arah tuju cinta kita itu yang penting!

Bukankah kau merasa semangat mu semakin hilang pabila kau dibiarkan begitu? ...lantas, tidak mahukah kau mengangkat jiwa mu yang semakin ditindas arus kehancuran hanya kerana cinta hambarnya?

Dari kehilangan terus nama mu di dunia palsunya, bukankah lebih baik diselamatkan maruah yang masih tinggal sedikit ada melekat di sanubari mu?

Keredhaan melepas cinta, bukan satu kerja mudah... si dendam akan marah, si dengki akan kegeraman, si nafsu akan menghasut membusukkan jiwa...namun pelepasan itu, PERLU!

Jalan yang ada hanya SATU... jalan yang diredhai ILAHI... sebagaimana Rasulullah dan juga para nabi-nabi... kesemuanya redha dengan kegagalan, menerima kekalahan, dihina, dikeji, diseksa... namun, bukankah bahagia jua yang diterima akhirnya?

Kadangkala, dalam mencari cahaya kebahagiaan kita harus menempuh kedukaan dalam kegelapan... namun jangan sesekali putus asa dalam pencarian itu... kerana apabila ada KEHILANGAN cinta, pasti akan ada PERTEMUAN cinta yang baru...

Cinta ada dimana-mana... kita hanya perlu membuka mata, hati dan jiwa kepada ruang yang lebih luas, seluas samudera yang tidak bertepi... InsyaAllah, terbeliak mata mu, tak cukup tanganmu, tak tercapai akalmu pabila langit sudah terbuka...
Good luck, be strong…and believe!

“Aku memilih untuk pergi…”

Bagi aku saat yang menggembirakan adalah sewaktu memandang wajah dia yang berseri ceria apabila memandang wajah aku yang muncul apabila setahun sudah berlalu…

Tanpa ku duga, saat itu bagai lenyap hanya dalam sekelip mata…, pabila sekilas senyuman pun tidak ku dapat gilapi, jauh sekali untuk kukecapi…

Bagi insan-insan yang dalam perlumbaan cinta, saat inilah yang ditakuti…saat apabila rasa cinta sudah tiada…

Jauh disudut hati aku mahu merasakan kasih darinya… tetapi, keceriaan itu rupa-rupanya bukan milik aku. Terasa seperti aku kehilangan sesuatu yang tidak pernah aku ada… bayangkan betapa pilunya rasa… cinta itu pun tidak pernah aku miliki… kini aku terlepas jauh pula untuk memilikinya.

Kadang terasa adakah aku begitu buruk untuk dia? Adakah aku ni tidak bisa memberi sepenuh kebahagiaan kepadanya?...

Aku selalu berdoa moga suatu hari nanti aku dapat melihat dia melompat kegembiraan apabila melihat aku setelah sekian lama tidak berjumpa…

Sedih…sedih sangat, menghadapai wajah tanpa cinta… aku tidak mahu itu… wajah tanpa rasa… tiada sinar….mendatar tanpa cahaya…. Bukan wajah sebegitu yang ku harapkan tetapi itulah yang aku dapati…wajah yang tidak menginginkan aku di situ…

Namun… aku pun tidak mahu dia berlakon suka, sedangkan hatinya pada yang lain… Jadi, tak apalah… biarlah kejujuran dari wajahnya yang tidak segembira mana melihat aku itu… aku simpan di dalam hati menjadi pemberi semangat untuk aku…
Kerana, aku memilih untuk pergi…pergi buat untuk kesekelian kali. Bukan aku menyerah kalah tetapi lebih baik begini… perit untuk aku terus mengharap bulan jatuh ke riba… sedangkan aku tahu jiwa bulan sudah mengambang disebelah sana.

… Mungkin inilah takdirnya…aku tidak mahu hanya menjadi pengubat rindu dikala kau sendu, dilaku senda kala kau bahagia… Ya, aku sayang kamu, tetapi memilih untuk pergi, kerana itu yang terbaik…..

Saturday 9 July 2011

bile "U TEKAN I".......

Bismillahhirahmanirahim…dan Assalamualaikum ..




Sometimes cik sinda wonder dengan jawapan apa yang cik sinda selalu jawab kepada setiap persoalan cinta. Dan apa yang cik sinda ingat, ayat yang hampir setiap hari cik sinda akan ucapkan atau jawab kepada soalan yang ditanya adalah, “Keep your options open!”

Ianya bermaksud, selagi kita tidak komited dalam sesuatu perhubungan, tidak salah untuk kita mempunyai beberapa pilihan, agar kita berpeluang untuk membuat pilihan yang bagus untuk masa depan kita.btoi x? That way, kita akan kurang merasa “U TEKAN I” hehe… sebab, “Bila I asyik rasa kena TEKAN kat U…maka saat itulah I akan pergi jauh-jauh dari U” hehe terasa macam familiar je kan kan???

Its just for obvious reason actually, apabila kita komited maka human nature… which perasaan cemburu, takut kehilangan, benci, mengongkong, dan sebagainya akan secara tidak langsung berubah menjadi TEKANAN. Dan kebanyakan perhubungan yang terputus ditengah jalan adalah disebabkan oleh “U TEKAN I”...

* Sehingga rutin harian yang sudah bertahun-tahun menjadi keselesaan hidup anda, sudah tidak selesa lagi all because of LOVE. Kerana sayangkan pasangan kita maka, kita pun berubah untuk dia. Dengan harapan, dia tidak memberi tekanan kepada kita lagi dan bertambah sayangnya kepada kita. Tetapi hakikatnya, tekanan lain pula yang berlaku, betul tak????

I’m sure ramai di antara anda yang membaca, pernah merasa atau lalui dengan apa yang dikatakan di sini kan…

Sesetengah contoh yang berlaku :-

* Dulu-dulu, anda mempunyai ramai kawan. Tetapi semenjak anda bersama dia… setiap masa melarang anda dari berkawan lagi. Semua apa kawan anda lakukan, semua salah. Lama-lama penuh dengan tekanan tidak membenarkan anda berkawan lagi dengan kawan-kawan biasa tu...

* Biasa kita berpakaian relax, cool, selamba, now selalu menekan kita untuk menukar cara berpakaian, nak kena sopan, kena clean cut, sebabnya dia yang setiap hari suruh tukar.

* Kalau dulu, pekerjaan anda tidak dipersoalkan. Tapi sekarang siang malam asyik bertanya bila nak tukar kerja. Adoi!!!tension makkk....

* Kalau dulu boleh pulak makan di gerai-gerai, tapi sekarang selalu memberi tekanan memaksa kita makan di restoran besar dan high class sebab nak jaga standard takut kawan-kawan high class ternampak.

* Biasa boleh selalu balik jumpa family, ibu, bapa dan adik-adik, sekarang ni bunyi aje nak balik rumah mak, macam-macam komplen!!

* Dulu boleh memberi pendapat, tetapi sekarang dikatakan melawan. Malah setiap hari apabila berbual, anda mesti dimarahinya kerana asyik nak memberi pendapat.

* Masa mula-mula cinta terjalin, di office anda. NOW, disuruh berhenti sebab ramai yang cuba memikat anda. Siang malam memberi tekanan suruh berhenti. Sampai satu masa katanya, “You tak berhenti, kita putus!” naahhhh… macam tu sekali tekanan yang diberinya. You pun berhentilah kerja kerana pasangan tersayang. Selang beberapa minggu, anda pulak “diberhentikan kerja dengannya, PUTUS” – ADOI dan ADOIII!!!

Banyak lagi lah tekanannya, Itu tak boleh, ini tak boleh…PRESSURED BABE!!siyus wa cakap lu.. Tertekan wooo…sekali sekala tak apa lah, ini kalau dah hari-hari dan setiap masa. Orang yang sabar pun boleh hilang pertimbangan kan.btoi x?

JADI, bagaimanakah tekanan ini boleh terjadi? Sedangkan awal-awal dulu…tak pernah pun pressure you kan, kalau awal-awal dah memberi tekanan, senang! Belah je…or terus tak layan. Tapi ini, setelah lama bercinta atau setelah bertunang dan maybe setelah mendirikan rumahtangga.

Selalunya, ianya terjadi apabila pasangan anda sudah mulai merasa yang anda sudah dimiliki! Sudah OWN YOU. Bagi dia anda adalah milik dia seorang. Tapi yang I takut, anda yang memberi tekanan kepada pasangan anda tu, amacam?? Hehehe…

Sebelah siapa pun yang memberi tekanan, solutions dia kat sini adalah “SALING PERCAYA DAN FAHAM MEMAHAMI” – Give and take la kan, closed one eye la jarang-jarang tu, jadi dengan cara begitu pasangan anda tidak akan tertekan dan merasa selesa apabila dia boleh jadi diri dia sendiri.

Kerana, apabila tertekan, masyaAllah… teruk perasaan dia. Dan akibat tekanan ini lah orang boleh jadi gila, sakit jiwa… kalau tak doktor tak penggil pula pesakit dia mengalami, “TEKANAN jiwa”
Dan akibat tekanan jiwa ini jugalah ramai pasangan yang putus, keluar dari perhubungan itu dan bawa diri. Kalau yang bertunang, putus tunang, dah kahwin, suami mulai cari luar… isteri yang tertekan mulai mendapat kawan muda-muda, adoi!

U TEKAN I, I TEKAN button turbo lari dari you! - Tekanan pastinya membunuh perhubungan. Jadi bersederhanalah. Islam pun mengajar kita agar bersederhana di dalam kehidupan kita. Jadi kalau boleh sederhana bukan hanya dalam kehidupan biasa anda tetapi juga di dalam perhubungan cinta, agar anda dan dia sentiasa dapat menikmati kebahagiaan dalam bercinta, InsyaAllah.

KALAH BERCINTA ITU OK LA!!!

Dalam kehidupan kita seharian, sebenarnya kita akan banyak menempuh kekalahan dari kemenangan. Betul tak?



Sometimes, kita cuba dan cuba lagi tetapi kekalahan dan kegagalan juga yang kita terima. Dalam kehidupan bercinta, lagi lah sama… lagi banyak KALAH BERCINTA dari menang. Malah berbagai cara kita cuba untuk bahagia dalam cinta, tetapi kekecewaan juga yang kita dapat. Kecurangan juga yang kita kena tempuhi. Pembohongan dan terpedaya juga yang selalu kita alami…


* I’m not saying it’s good…I’m just saying, IT’S OK to lose in love!

Kalah sekali dua, apa ada hal… no hal punya. cik sinda sendiri pernah kalah dalam cinta, tak terkira banyak kalinya hehe. Tetapi, ianya tidak menghalang cik sinda untuk terus percaya akan ada cinta untuk saya suatu hari nanti. Dan saya tidak pernah putus asa…Cuma, apabila kalah atau gagal… cuba jangan ulang mistake yang sama. Try to be better and make that changed!



Kadang-kadang tu kita kena tempuhi berbagai rintangan dan halangan untuk kita lebih tabah dan lebih memahami erti kehidupan dalam percintaan yang sebenar. Dan selepas bersusah payah sekian lama, akhirnya kita dapat mengecapi cinta yang sebenar-benarnya cinta, maka ketika itulah kita akan amat menghargainya.



So, that’s why it’s okay to lose,.. Itu satu kenikmatan dari Allah sebenarnya, especially kepada umatnya yang sabar dan redha dengan takdir … mengaku kalah dan berundur, apa salahnya?


* Jika benar dia bukan untuk kita, jika perpisahan itulah yang perlu kita tempuh… it’s okay, kita berundur dan mengaku kalah…redhakan lah dia pergi dan bahagia dengan pilihannya… Anggaplah saja dia memang bukan milik kita dari mula dulu lagi…


* Kalah Bercinta hari ini, bukan bermaksud selama-lamanya kita kalah kerana pasti suatu hari nanti kita akan mendapat kemenangan dalam cinta jua.


* Selalunya, jika kita sabar dan tidak menyalahkan kepada takdir atau keadaan, InsyaAllah kita akan dianugerahkan dengan seseorang yang tiada ternilai baik dan hebatnya. Namun untuk mencari kesabaran itu bukanlah mudah. Untuk bertahan amatlah susah, tetapi ia boleh dilakukan. What we need… is to BELIEVE!

Akhir kata, satu pesanan penting dari cik sinda untuk anda :



Fahamilah… apabila kita tewas dalam cinta, jangan berhenti berdoa kepada Tuhan untuk mencapai apa yang dihajatkan. Jika setiap doa kita tidak dimakbulkan, setiap hajat dan permintaan kepada Allah s.w.t sekian lama, tidak ditunaikan, itu sebenarnya bermaksud .
..



Allah sayangkan kita… Dia rindukan kita untuk selalu menyebut namanya. Kalau sekali berdoa terus dapat jodoh dan terus bahagia… mungkin kita tidak akan hargai pemberian itu malah terus melupakan Tuhan yang Maha Esa. Jadi, teruskan lah berdoa kepadaNya setiap masa. InsyaAllah, suatu hari nanti pencarian kita akan berakhir dengan sebuah kebahagiaan yang sejati.
aminnnn......

Jika masih terpikat…!!




Bismillahhirahmanirahim…

“Ramai yang berkata lelaki sama saja, semuanya penipu dan sukar difahami.”




Dalam erti kata lain… LELAKI TIDAK BOLEH DIPERCAYAI! Betul ke? Logik ke? Takkan semua lelaki macam tu… bukankah Allah jadikan kehidupan kita dan alam semesta ini, balance? adil? Bukan kah Tuhan telah aturkan,

* Ada yang baik, pasti ada yang jahat. Ada sedih, sure akan ada gembira. Ada bahagia mesti ada duka. Ini adalah untuk keseimbangan alam kita.

Itu logiknya, BUKAN semua begitu, mesti ada yang sebaliknya...itu yang sesuatu tidak boleh disangkalkan lagi. JADI, TIDAK BOLEH kita berkata,



…Kita bagi cinta lebih-lebih atau sepenuhnya kepada lelaki pun dia menipu jugak. Kita bagi sikit-sikit lagi dia komplen dan curang.



Itulah kata wanita selalunya. Bukan semua wanita la kan, some of them lah.

, wanita-wanita yang selalu fikir yang mereka lebih tahu…



Sebenarnya untuk anda memahami situasi ini… Kita kena memberi peluang kepada diri kita sendiri untuk menerima bahawa… kenyataannya adalah, apabila lelaki masih lagi tidak puas hati atau masih terus curang dan MASIH TERPIKAT pada yang lain adalah kerana lelaki ini tidak benar-benar cinta kepadanya! That’s it and that’s all…



* Bukan sebab lelaki tu complicated atau suka curang atau memang dasar lelaki…ianya adalah kerana lelaki itu masih belum berjumpa dengan wanita yang dia benar-benar cinta!

Seriously, kalau lelaki itu sudah berjumpa dengan wanita yang dia benar-benar cinta, dia akan sentiasa menggelisah nak bersama sentiasa. Nak call setiap masa, nak dengar suara… nak berkepit, asyik teringat-ingat je especially bila berjauhan. Tak ada masa dah nak terpikat kat girl lain… tengok girl pun dia naik bosan, sebab yang dia nak tengok adalah gadis yang dia cintai!!…



SO, girls kalau lelaki tu masih terpikat pada girl lain tu that means, anda masih belum berjumpa dengan lelaki yang benar-benar mencintai anda… Asyik duk jumpa lelaki yang hanya nak main-main je, …in fact, walau seribu lelaki sekali yang anda telah bercinta, dan lelaki itu tetap berubah hati dan masih terpikat pada yang lain… The reason is so obvious, he’s NOT THE ONE!



Anda masih belum jumpa the right one. So, keluar dari perhubungan itu, dan bersama dengan yang betul-betul serius tentang masa depan bersama, serius mahu mendirikan rumahtangga. Serius for you, that’s it! Okay?:)

Friday 17 June 2011

opsss..TERLEBIH SUDAH!!!

Biar secukup rasa orang kata, itulah yang paling penting di dalam bercinta, mencari cinta, mengenali cinta, berkorban untuk cinta, cuba mendapat balasan cinta, …JANGAN OVER, JANGAN MELAMPAU

…Kalau dalam mana-mana pertandingan atau usaha untuk memenangi hati seseorang biar nampak EFFORTLESS, meaning usaha kita tu nampak seperti biasa-biasa saja tetapi sangat meaningful. Seperti seorang pakar chef, sewaktu memasak tidak gopoh dan gelojoh, sebaliknya tenang dan cool je.

Kalau bangsa over ni beb, ianya seolah-olah memberi tekanan dan terlalu bersungguh-sungguh sehingga membuat orang rasa menyampah sort of annoying. Orang putih kata, “You’re trying TOO HARD!”

Kita tak nak tu… kita nak biar dia nampak dan hargai usaha kita tetapi, dia tidak rasa kita OVER or trying too hard. How to do that??... Di sini ada 8 cara untuk tidak nampak over, walaupun kita sebenarnya berusaha memenangi hatinya ;) :-
1. Freedom : Maknanya kita banyak memberi ruang kepada dia untuk melakukan apa saja yang dia suka. Mungkin kita akan rasa takut nanti dapat kat orang lain. Tetapi percayalah, lagi kita sekat dia, lagi mudah untuk dia pergi kepada orang lain.
2. Relax & cool : Maknanya apa saja keputusan yang dia buat kita kena tenang dan memberi sokongan padu. Mungkin kita tidak suka, tetapi let dia tahu yang kita tidak setuju tetapi kita menyokong apa saja yang difikirkan betul oleh dia.
3. Positively correct : maknanya walau kita tidak bersetuju cara pemikirannya, tetapi kita selalu fikir positif. Mungkin apa yang dilakukan nya itu akan membawa kejayaan dikemudian hari siapa tahu? Kan…so from here, dia akan merasa anda not trying too hard!
4. Freedom of speech : Maknanya kita kena lebih banyak mendengar dan memberi peluang kepada dia untuk memberi pendapat setiap kali kita berbual dengannya. Bukan kita asyik nak cakap kat dia apa yang betul, apa yang salah… instead kita banyak berbincang dan biar dia fikir sendiri. Until dia yang meminta pendapat kita.
5. Free yourself : Maknanya kita jangan stuck dengan dia je dalam minda kita ni. Kita kena banyak fikirkan perkara-perkara lain yang banyak lagi penting-penting boleh kita fikirkan. That way, dia akan melihat kita effortless dalam percubaan memiliki dia, dia akan fikir, “Dia ni punya hidup yang interesting dan minat kat aku tapi…dalam masa yang sama seperti tak nak kat aku je, eee geram!” hehehe…
6. Free from contacts : Call sekali tak angkat jangan call lagi! Dia dah tahu you call, kalau dia suka dia akan sms atau call balik. Kalau dia TAK reply back maknanya dia tak suka. Esok call sekali lagi. But make yourself free daripada in contact supaya jiwa you relax tak tension je menanti dia call.
7. Free from one person : Meaning you kena ada ramai KAWAN. Tak boleh yang tu lah you minat, yang itu lah juga kawan you. Must have many-many opposite sex friends supaya, secara tidak langsung minda you akan lebih open dan diri you akan lebih berpengalaman serta banyak informasi dari setiap kawan-kawan anda. Ramai gagal dalam cinta kerana hanya kenal 1 kawan who is kekasih dia jugak!
8. Nota Cinta : Yes, this is my favourite! That’s why I ada notacinta.com hehe. Okay here where the secret is… “LESS IS MORE!” meaning bila ada masa terluang… BUKAN SETIAP MASA, tetapi find the special time untuk berikan sedikit nota cinta kepada dia. Tulis short and sweet words kata-kata cinta! Pendek-pendek je, supaya dia merasa DAHAGA kan for MORE!
So macamana? Boleh buat? Sure boleh punya… all you need to do is free yourself dan make that change in your life, InsyaAllah anda akan kelihatan lebih menarik, diminati dan disukai ramai!

Don’t let anyone stop you from what you want to do… fikirkan kebahagiaan masa depan anda, fikirkan keluarga anda yang mahu anda happy dan fikirkan hidup anda yang selama ini hanya dipenuhi dengan kesedihan. Masa untuk anda bertindak dan claim your happiness!!

I believe in love, so can you!