BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 25 October 2011

Most of the time kita akan fikir, nak mendapatkan cinta tu dah satu hal susahnya…kemudian dah dapat bercinta, fuhh lega la, settled la kononnya. Sekali BOOM! … rupa-rupanya, lebih susah lagi bila kita nak menjaga pulak perhubungan tu…It’s not easy, keeping the love save and sacred is so MUCH HARDER!

Cuba anda tanya soalan ini pada diri anda sendiri, "Adakah percintaan ini, cukup baik untuk aku sebenarnya? Adakah pasangan aku tu worth saving? Adakah dia akan menghargai perhubungan ini lebih-lebih lagi selepas aku tangani kesemua ‘pembunuh-pembunuh cinta’ ini?"

Well, pastinya setiap kesusahan dan cabaran di dalam cinta boleh kita atasi… NAMUN, ada lebih baik kita tahu, apa dan siapa pembunuh cinta itu, sekurang-kurangnya kita boleh bersedia untuk menhadapi rintangannya, moga-moga dengan izin Allah, kita dapat atasinya dengan tenang dan dihargai pasangan kita pula…HERE GOES the list…

1. SIKAP BENCI PADA APA SAJA YANG DIA SUKA – Tanpa anda sedari salah seorang pembunuh cinta yang sebenarnya adalah diri anda sendiri! Yaa… mungkin anda benci dengan kariernya, benci dengan pendapatnya, benci dengan sosial life dan cara dia berkawan. Kesemua sikap benci anda kepada apa saja yang sudah sekian lama menjadi kesukaannya, hanya akan membunuh perhubungan cinta anda. TERIMA je laa...atau break je kalau tak suka.

2. MELAYAN BEKAS KEKASIH – Hehe…mungkin di depan anda pasangan anda akan kata it’s okay, I tak jealous pun…as long as you tak buat apa-apa I’m good. Yaaa right! …cuba dia pula yang melayan bekas kekasih dia, macamana pula yang anda rasa? Siang malam ex dia asyik call je…konon nak minta bantuan. Lepas tu pasangan anda pula kata, “Jangan risau I Cuma nak tolong selesaikan masalah dia je” …hehehe, well jika anda sayangkan perhubungan tu, jangan bawa masuk pembunuh cinta anda ke dalam perhubungan itu…. “Let gone…be by gone!”

3. SIAPA YANG SALAH – Jika sikap ingin mencari salah siapa ada pada both of you…dan both of you lah pembunuh cinta itu! Cari solusi…dan selesaikan masalah yang berbangkit. JANGAN sibuk nak mencari salah siapa. You kata dia salah, dia kata youuuu yang salah!... setiap masa pulak tu. ADOI!! BOSAN BEB… nanti partner you cakap, “kalau berterusan macam ni, baik aku cari lain!” haaaa…. Kan dah terbunuh cinta tu. Sedangkan anda berdua sebenarnya amat mencintai antara satu sama lain, tetapi hanya kerana keegoaan tidak mahu kalah…anda kematian sebuah cinta sejati!

4. TERJUN DALAM DIRINYA – Seperti seorang yang CONTROL FREAK! Segala-gala dia nak kawal, sehingga dia masuk dalam hidup anda…malah dia ada semua password anda, email, facebook, twitter, youtube. Lepas tu dia boleh menyamar jadi anda pulak! Habis semua orang dia maki hamun guna nama you. Lepas tu phone you pun dia kawal… asal ringing, dia yang jawab. Sms masuk dia yang baca dulu. Habis segala-gala tentang hidup you semua dalam tangan dia… obviously, percintaan sebegini, JAMIN tidak akan kekal lama. Dia adalah pembunuh cinta anda!

5. SUDAH TERLALU TERBUKA – Nak tahu mengapa cinta anda dan dia hambar? INILAH SEBABNYA! Apabila sudah tiada misteri lagi, apabila sudah tiada rahsia lagi, segala-gala sudah begitu selesa bersama sehingga tiada lagi perasaan malu antara satu sama lain, maka dalam diam-diam, terbunuhlah cinta yang sudah sekian lama berputik. Anda fikir, kerana cinta anda mahu memberitahu segala-galanya pada dia maka dia akan cintakan anda sampai bila-bila… well you’re DEAD wrong! …save a little bit of yourself for yourself! Minta dia respect privacy anda jika dia benar-benar cinta. DON’T tell everything about yourself… or your past! Kalau dah lama bercinta… atau sudah lama berkahwin, biar sentiasa ada rasa malu… contoh : Jangan amalkan 'melepas angin' begitu saja atau jangan tonjolkan keseluruhan tubuh badan anda tu… Jika sudah begitu… apa ada lagi yang tinggal? NOTHING! …macamana nak hangat lagi percintaan tu?


6. TABIAT SUKA MENIPU – Bukan menipu besar-besaran ni… menipu yang kecil-kecil. Yaa… kita ingat tak pa lah tipu sikit-sikit… The fact is, seorang yang sudah terlalu banyak sangat menipu ..akan menjadi seorang yang sudah tidak tahu lagi yang mana satu yang dia tipu dan yang benar. Tabiat menipu dia sudah sampai ke tahap kritikal. Sampaikan benda yang dia tak perlu tipu pun dia menipu. Apabila pasangan bertanya, “Lunch kat mana tadi?”… automatik terkial-kial menjawab soalan, “Tak makan pun” - Sedangkan anda keluar makan dengan kawan-kawan. Benda yang sekecil itu pun sudah menjadi tabiat anda untuk menipu… Mungkin sebab tak nak dia marah or terasa hati... namun, cuba teruskan amalan menipu kecil-kecilan ni, jika anda mahu membunuh percintaan anda suatu hari nanti.

7. CEPAT COUPLE – Belum pun sebulan anda sudah falling in love, belum pun kenal muka anda sudah tak mahu kenal orang lain. Baru chatting siang malam, dan belum pun berjumpa anda sudah anggap dialah cinta anda, siap jeles-jeles lagi. Lepas tu siap rindu-rindu lagi... I miss you so much gitu! Jumpa keluarga anda pun belum tapi sudah declared COUPLE! ..lalu bercintalah. NOW, perangai sebenarnya mulai terbongkar… sikap pemalas, tak suka berusaha kurang bertanggung jawab... muncul satu persatu. Anda kata, "Dulu dia tak macam tu... tapi sekarang semenjak couple ni jadi macam ni, harap-harap dia berubah" - YANG sebenarnya beb, perangai dia memang macam tu dari dulu lagi... tapi takkan nak tunjuk! Sikap cemburu giler, kedekut, pemarah, anti sosial…all that is out! Now, nak salahkan siapa? …salahkan diri sendiri je lah kerana, anda yang membunuh cinta anda itu kerana TERLALU CEPAT COUPLE! Proses mengenal isi hati dan budi pekerti…mengambil masa yang lama…sangat lama, minimum 1 year at least laa…in fact, sesetengah suami isteri YANG SUDAH 10 TAHUN KAHWIN pun masih belum betul-betul kenal antara satu sama lain, inikan pula anda yang baru berkenalan beberapa bulan…dah nak couple? Biar betul…

8. SIKAP SUKA MEMBANDING – Mungkin secara tidak sengaja, anda terbuat dan teramalkan perkara ni selalu…suka sangat membanding-banding segala kejayaan dan kebahagiaan lalu yang pernah anda kecapi dengan orang lain atau dengan your ex…. Obviously sikap seperti ini hanya akan membunuh cinta anda.The best thing to do adalah CREATE A NEW MEMORIES, tak perlulah nak hidup di zaman lalu… hidup di zaman sekarang dengan mencipta segala kenangan-kenangan baru yang manis dan sendu untuk menyemarakkan lagi percintaan itu serta menyimpan CITA-CITA untuk bahagia di masa hadapan, cara begitu lebih menyelamatkan cinta.

9. MEMBUANG DUNIA ANDA – Sebaliknya, hidup hanya dalam dunia dia! Honestly jika berlaku perpisahan... bukan dia yang bersalah beb... YOU! Anda yang bersalah, kerana anda telah membunuh dunia anda sendiri... membuangnya jauh, hanya kerana cinta. - SEDANGKAN, dengan memiliki dunia anda, pasangan anda akan lebih menghormati. Tanpa anda sedari dengan membuang dunia anda, anda sebenarnya mencipta pembunuhan terhadap percintaan anda. Anda punya keluarga, anda pinggirkan mereka. Anda punya teman-teman yang selalu menyokong anda, anda sudah tidak berkawan lagi. Anda punya karier yang anda amat cintai, anda berhenti. ANDA BUANG DUNIA ANDA sendiri semata-mata mahu membahagiakan dia... sehingga anda terlupa yang anda juga perlu dibahagiakan. Well, pada awal perhubungan mungkin anda merasa selesa BUT trust me... bila perhubungan anda sudah memakan usia... di saat itu baru anda sedar betapa pentingnya dunia anda, keluarga, kawan-kawan, pekerjaan yang anda suka, betapa rindunya anda melakukan segala-gala benda yang anda suka ...anda rindu dunia anda! NAMUN, segala-galanya sudah terlambat. Ramai juga yang putus arah apabila putus cinta atau yang bercerai... pabila sudah lama membuang dunia mereka sendiri... again, andalah pembunuh percintaan anda sendiri!

10. OBSESSI KERANA CEMBURU – Ini adalah yang paling ramai berlaku dan PALING KRITIKAL! Berjaga-jaga dan syak wasangka itu bagus…tetapi apabila ianya keterlaluan, anda hanya sekali lagi… membunuh perasaan cinta pasangan anda. Sejujur-jujur ayat yang boleh Bro Razzi katakan adalah, “RIMAS GILER BEB!” hehe… yaa, it’s true. Setiap orang memerlukan kebebasan untuk bergerak, especially dalam kerja, pergaulan dan kehidupan seharian, jika anda asyik nak check 24/7 apa dia buat, dengan siapa dia jumpa, siapa yang hubungi dia, kemana dia pergi hari ni, berapa tempat dia pergi, mengapa telefon dia engaged, mengapa dia tak jawab call, apa yang dia bualkan dengan kawan-kawannya, apa yang dia sembunyikan dari anda, mengapa dia begitu, mengapa tidak begini? … fuhhh, Razzi cakap semua ni pun rasa tension beb, I'm sure anda sendiri pun rimas, kan?! Jadi mengapa mesti lakukan? Kalau anda tidak percaya kepada pasangan anda mengapa mahu bercinta dengan dia? Dan sampai bila anda nak syak wasangka ni? Sampai bila-bila? …bila nak bahagia kalau macam tu? Baik cari orang lain saja yang anda tidak ada rasa takut dia dirampas orang, that way… anda selamatkan perhubungan itu. Now choose! You see... Sekiranya pasangan anda atau anda sendiri memiliki sikap prasangka buruk sebegini…maka dialah pembunuh terunggul percintaan anda... lambat laun akan hilang segala-gala kemanisan cinta yang dikecapi... I call it "SLOW DEATH of LOVE"
Basically, ianya tidak perlu mengambil orang lain, atau tidak perlu melihat jauh untuk mengenali siapa pembunuh cinta itu sebenarnya. Ia samada anda atau...err anda atau dia…atau kedua-duanya sekali! Hehe :)

Jadi, apa yang perlu anda buat? Apa pula yang perlu pasangan anda lakukan? …simple je JAUHKAN DARI MENJALANI HIDUP SEPERTI SEORANG PEMBUNUH CINTA… hindarkan jika anda benar-benar cinta. Jangan beri makan keegoaan anda itu… jangan suap nafsu sarakah anda dengan ketaksuban cinta sehingga membunuh segala-galanya…
Ini adalah untuk anda dan pasangan anda… adakah anda mendapat kepuasan hebat dari sikap anda yang sebegitu? …atau, tidakkah ianya sesuatu yang bernilai jika anda hindarkan?
tinggalkan persoalan ini kepada anda sendiri untuk membuat keputusannya… all the best and always, BELIEVED!

Aku, kau biarkan…

I'm sure you pun pernah merasakan diri begitu dicintai... bahagianya bila dapat bersama dengan yang tercinta, kan?, bestnya bila selalu saja yang tersayang tu call, sms...nak jumpa jeeee selalu. Pernah, kan?...

Pernah tak, semua perkara yang penting-penting dalam hidup dia, mesti nak cakap kat kita. Sampaikan, semua perkara dia mesti tanya kita dan selalu nak bincang dengan kita dulu. Apa sajalah...mesti minta pendapat kita.

Dan jika dia hadapi masalah pula... susah nak fokus pada kerja, perselisihan faham dengan keluarganya atau kawan-kawan... apa sajalah kan, dia mesti kongsi masalah itu dengan kita, kan?

Well, itulah PERHUBUNGAN CINTA yang sebenar... "SHARING!" - Even facebook pun permudahkan SHARE function untuk mengeratkan lagi persahabatan, perhubungan...

That's a relationship is all about...to have someone that we can SHARE everything with!
Apabila kita mempunyai perhubungan sebegitu... dengan sendiri kita akan percaya pada dia. Hinggakan walau berjauhan, kita begitu yakin dia cintakan dan sayangkan kita. Sampai tak perlu nak susah-susah atau merasa risau menunggu a call dari dia ...we know dia pasti contact! "best betul lah kan... ahhhh..." ;)


NAMUN...as time goes by...slowly, dan sedikit demi sedikit, kita kehilangan saat itu...sehingga membuat kita tertanya-tanya, Apa yang telah terjadi?

Mengapa sms sudah tidak seperti dulu?...

Mengapa sudah tiada telefon call dari dia?

Mengapa dia selalu menghilang?

Mengapa sudah tiada perbualan mesra? ...
Mengapa sudah begitu jauh terasa dia dan kita, padahal dia bagai berada di depan mata? Just a minute away... just a call away, tapi kita rasa sudah tiada kemesraan...terasa, "Aku...kau biarkan...sedangkan hati masih cinta..."

TETAPI... Adakah penting MENGAPA perubahan itu berlaku? Mengapa itu, mengapa ini, mengapa tidak seperti dulu...mengapa...mengapa...Sekiranya kita tahu mengapa, apa yang boleh kita lakukan?

Jika jawapannya, KERANA ada orang ke tiga... KERANA dia sudah bosan dengan kita... KERANA dia sudah tidak ada rasa cinta lagi pada kita... SO, apa yang boleh kita lakukan jika kita tahu mengapa sekali pun??

MEMANG sedih sangat apabila, kita begitu teruja nak berkongsi kegembiraan atau apa-apa saja tentang kehidupan kita seperti selalu kita share dengan dia...tetapi tak dapat nak share...sebab dia tiada di situ...

Perasaan kita yang sentiasa ingin berkongsi dengannya segala kejayaan kecil maupun besar, sudah tidak dapat dilakukan lagi. Malah dia sudah tidak bertanya tentang apa-apa dengan kita lagi, segala pendapat kita juga sudah tidak dihiraukan lagi...segala masalah yang dihadapinya juga, diatasinya sendiri... kejayaan mendapat apa yang dihajati selama ini juga.... sudah tidak diberitahu, tidak dikongsi lagi, ...sedih...sedih sekali..."Aku, kau biarkan begitu saja..."

Kita masih ingin saat bersama seperti selalu...kita inginkan cinta terus mekar, kita inginkan risaunya, hibanya, kegelisahannya...juga gelak ketawanya yang mencairkan hati ini... kita inginkan dirinya di situ, inginkan cintanya terus padu... namun kita dibiarkan...

...dibiarkan dengan janji, harapan, kononnya cinta masih diawangan, sedangkan hidup kita dan dia seolah-olah, cinta itu bagai tidak pernah ujud!!
Jadi, persoalannya... "Adakah kita menanti dan terus menanti dirinya...atau kita anggap segala-galanya masih seperti sediakala? --

JAWAPANNYA - KEDUA-DUANYA SALAH!

SOLUSI :

Cuba dengarkan hati kecil mu berbisik, rasakan naluri indah mu menggertik lemas dalam keinginan ingin tahu... yang mana MENGAPA itu tidak penting...KEMANA arah tuju cinta kita itu yang penting!

Bukankah kau merasa semangat mu semakin hilang pabila kau dibiarkan begitu? ...lantas, tidak mahukah kau mengangkat jiwa mu yang semakin ditindas arus kehancuran hanya kerana cinta hambarnya?

Dari kehilangan terus nama mu di dunia palsunya, bukankah lebih baik diselamatkan maruah yang masih tinggal sedikit ada melekat di sanubari mu?

Keredhaan melepas cinta, bukan satu kerja mudah... si dendam akan marah, si dengki akan kegeraman, si nafsu akan menghasut membusukkan jiwa...namun pelepasan itu, PERLU!

Jalan yang ada hanya SATU... jalan yang diredhai ILAHI... sebagaimana Rasulullah dan juga para nabi-nabi... kesemuanya redha dengan kegagalan, menerima kekalahan, dihina, dikeji, diseksa... namun, bukankah bahagia jua yang diterima akhirnya?

Kadangkala, dalam mencari cahaya kebahagiaan kita harus menempuh kedukaan dalam kegelapan... namun jangan sesekali putus asa dalam pencarian itu... kerana apabila ada KEHILANGAN cinta, pasti akan ada PERTEMUAN cinta yang baru...

Cinta ada dimana-mana... kita hanya perlu membuka mata, hati dan jiwa kepada ruang yang lebih luas, seluas samudera yang tidak bertepi... InsyaAllah, terbeliak mata mu, tak cukup tanganmu, tak tercapai akalmu pabila langit sudah terbuka...
Good luck, be strong…and believe!

“Aku memilih untuk pergi…”

Bagi aku saat yang menggembirakan adalah sewaktu memandang wajah dia yang berseri ceria apabila memandang wajah aku yang muncul apabila setahun sudah berlalu…

Tanpa ku duga, saat itu bagai lenyap hanya dalam sekelip mata…, pabila sekilas senyuman pun tidak ku dapat gilapi, jauh sekali untuk kukecapi…

Bagi insan-insan yang dalam perlumbaan cinta, saat inilah yang ditakuti…saat apabila rasa cinta sudah tiada…

Jauh disudut hati aku mahu merasakan kasih darinya… tetapi, keceriaan itu rupa-rupanya bukan milik aku. Terasa seperti aku kehilangan sesuatu yang tidak pernah aku ada… bayangkan betapa pilunya rasa… cinta itu pun tidak pernah aku miliki… kini aku terlepas jauh pula untuk memilikinya.

Kadang terasa adakah aku begitu buruk untuk dia? Adakah aku ni tidak bisa memberi sepenuh kebahagiaan kepadanya?...

Aku selalu berdoa moga suatu hari nanti aku dapat melihat dia melompat kegembiraan apabila melihat aku setelah sekian lama tidak berjumpa…

Sedih…sedih sangat, menghadapai wajah tanpa cinta… aku tidak mahu itu… wajah tanpa rasa… tiada sinar….mendatar tanpa cahaya…. Bukan wajah sebegitu yang ku harapkan tetapi itulah yang aku dapati…wajah yang tidak menginginkan aku di situ…

Namun… aku pun tidak mahu dia berlakon suka, sedangkan hatinya pada yang lain… Jadi, tak apalah… biarlah kejujuran dari wajahnya yang tidak segembira mana melihat aku itu… aku simpan di dalam hati menjadi pemberi semangat untuk aku…
Kerana, aku memilih untuk pergi…pergi buat untuk kesekelian kali. Bukan aku menyerah kalah tetapi lebih baik begini… perit untuk aku terus mengharap bulan jatuh ke riba… sedangkan aku tahu jiwa bulan sudah mengambang disebelah sana.

… Mungkin inilah takdirnya…aku tidak mahu hanya menjadi pengubat rindu dikala kau sendu, dilaku senda kala kau bahagia… Ya, aku sayang kamu, tetapi memilih untuk pergi, kerana itu yang terbaik…..

Saturday 9 July 2011

bile "U TEKAN I".......

Bismillahhirahmanirahim…dan Assalamualaikum ..




Sometimes cik sinda wonder dengan jawapan apa yang cik sinda selalu jawab kepada setiap persoalan cinta. Dan apa yang cik sinda ingat, ayat yang hampir setiap hari cik sinda akan ucapkan atau jawab kepada soalan yang ditanya adalah, “Keep your options open!”

Ianya bermaksud, selagi kita tidak komited dalam sesuatu perhubungan, tidak salah untuk kita mempunyai beberapa pilihan, agar kita berpeluang untuk membuat pilihan yang bagus untuk masa depan kita.btoi x? That way, kita akan kurang merasa “U TEKAN I” hehe… sebab, “Bila I asyik rasa kena TEKAN kat U…maka saat itulah I akan pergi jauh-jauh dari U” hehe terasa macam familiar je kan kan???

Its just for obvious reason actually, apabila kita komited maka human nature… which perasaan cemburu, takut kehilangan, benci, mengongkong, dan sebagainya akan secara tidak langsung berubah menjadi TEKANAN. Dan kebanyakan perhubungan yang terputus ditengah jalan adalah disebabkan oleh “U TEKAN I”...

* Sehingga rutin harian yang sudah bertahun-tahun menjadi keselesaan hidup anda, sudah tidak selesa lagi all because of LOVE. Kerana sayangkan pasangan kita maka, kita pun berubah untuk dia. Dengan harapan, dia tidak memberi tekanan kepada kita lagi dan bertambah sayangnya kepada kita. Tetapi hakikatnya, tekanan lain pula yang berlaku, betul tak????

I’m sure ramai di antara anda yang membaca, pernah merasa atau lalui dengan apa yang dikatakan di sini kan…

Sesetengah contoh yang berlaku :-

* Dulu-dulu, anda mempunyai ramai kawan. Tetapi semenjak anda bersama dia… setiap masa melarang anda dari berkawan lagi. Semua apa kawan anda lakukan, semua salah. Lama-lama penuh dengan tekanan tidak membenarkan anda berkawan lagi dengan kawan-kawan biasa tu...

* Biasa kita berpakaian relax, cool, selamba, now selalu menekan kita untuk menukar cara berpakaian, nak kena sopan, kena clean cut, sebabnya dia yang setiap hari suruh tukar.

* Kalau dulu, pekerjaan anda tidak dipersoalkan. Tapi sekarang siang malam asyik bertanya bila nak tukar kerja. Adoi!!!tension makkk....

* Kalau dulu boleh pulak makan di gerai-gerai, tapi sekarang selalu memberi tekanan memaksa kita makan di restoran besar dan high class sebab nak jaga standard takut kawan-kawan high class ternampak.

* Biasa boleh selalu balik jumpa family, ibu, bapa dan adik-adik, sekarang ni bunyi aje nak balik rumah mak, macam-macam komplen!!

* Dulu boleh memberi pendapat, tetapi sekarang dikatakan melawan. Malah setiap hari apabila berbual, anda mesti dimarahinya kerana asyik nak memberi pendapat.

* Masa mula-mula cinta terjalin, di office anda. NOW, disuruh berhenti sebab ramai yang cuba memikat anda. Siang malam memberi tekanan suruh berhenti. Sampai satu masa katanya, “You tak berhenti, kita putus!” naahhhh… macam tu sekali tekanan yang diberinya. You pun berhentilah kerja kerana pasangan tersayang. Selang beberapa minggu, anda pulak “diberhentikan kerja dengannya, PUTUS” – ADOI dan ADOIII!!!

Banyak lagi lah tekanannya, Itu tak boleh, ini tak boleh…PRESSURED BABE!!siyus wa cakap lu.. Tertekan wooo…sekali sekala tak apa lah, ini kalau dah hari-hari dan setiap masa. Orang yang sabar pun boleh hilang pertimbangan kan.btoi x?

JADI, bagaimanakah tekanan ini boleh terjadi? Sedangkan awal-awal dulu…tak pernah pun pressure you kan, kalau awal-awal dah memberi tekanan, senang! Belah je…or terus tak layan. Tapi ini, setelah lama bercinta atau setelah bertunang dan maybe setelah mendirikan rumahtangga.

Selalunya, ianya terjadi apabila pasangan anda sudah mulai merasa yang anda sudah dimiliki! Sudah OWN YOU. Bagi dia anda adalah milik dia seorang. Tapi yang I takut, anda yang memberi tekanan kepada pasangan anda tu, amacam?? Hehehe…

Sebelah siapa pun yang memberi tekanan, solutions dia kat sini adalah “SALING PERCAYA DAN FAHAM MEMAHAMI” – Give and take la kan, closed one eye la jarang-jarang tu, jadi dengan cara begitu pasangan anda tidak akan tertekan dan merasa selesa apabila dia boleh jadi diri dia sendiri.

Kerana, apabila tertekan, masyaAllah… teruk perasaan dia. Dan akibat tekanan ini lah orang boleh jadi gila, sakit jiwa… kalau tak doktor tak penggil pula pesakit dia mengalami, “TEKANAN jiwa”
Dan akibat tekanan jiwa ini jugalah ramai pasangan yang putus, keluar dari perhubungan itu dan bawa diri. Kalau yang bertunang, putus tunang, dah kahwin, suami mulai cari luar… isteri yang tertekan mulai mendapat kawan muda-muda, adoi!

U TEKAN I, I TEKAN button turbo lari dari you! - Tekanan pastinya membunuh perhubungan. Jadi bersederhanalah. Islam pun mengajar kita agar bersederhana di dalam kehidupan kita. Jadi kalau boleh sederhana bukan hanya dalam kehidupan biasa anda tetapi juga di dalam perhubungan cinta, agar anda dan dia sentiasa dapat menikmati kebahagiaan dalam bercinta, InsyaAllah.

KALAH BERCINTA ITU OK LA!!!

Dalam kehidupan kita seharian, sebenarnya kita akan banyak menempuh kekalahan dari kemenangan. Betul tak?



Sometimes, kita cuba dan cuba lagi tetapi kekalahan dan kegagalan juga yang kita terima. Dalam kehidupan bercinta, lagi lah sama… lagi banyak KALAH BERCINTA dari menang. Malah berbagai cara kita cuba untuk bahagia dalam cinta, tetapi kekecewaan juga yang kita dapat. Kecurangan juga yang kita kena tempuhi. Pembohongan dan terpedaya juga yang selalu kita alami…


* I’m not saying it’s good…I’m just saying, IT’S OK to lose in love!

Kalah sekali dua, apa ada hal… no hal punya. cik sinda sendiri pernah kalah dalam cinta, tak terkira banyak kalinya hehe. Tetapi, ianya tidak menghalang cik sinda untuk terus percaya akan ada cinta untuk saya suatu hari nanti. Dan saya tidak pernah putus asa…Cuma, apabila kalah atau gagal… cuba jangan ulang mistake yang sama. Try to be better and make that changed!



Kadang-kadang tu kita kena tempuhi berbagai rintangan dan halangan untuk kita lebih tabah dan lebih memahami erti kehidupan dalam percintaan yang sebenar. Dan selepas bersusah payah sekian lama, akhirnya kita dapat mengecapi cinta yang sebenar-benarnya cinta, maka ketika itulah kita akan amat menghargainya.



So, that’s why it’s okay to lose,.. Itu satu kenikmatan dari Allah sebenarnya, especially kepada umatnya yang sabar dan redha dengan takdir … mengaku kalah dan berundur, apa salahnya?


* Jika benar dia bukan untuk kita, jika perpisahan itulah yang perlu kita tempuh… it’s okay, kita berundur dan mengaku kalah…redhakan lah dia pergi dan bahagia dengan pilihannya… Anggaplah saja dia memang bukan milik kita dari mula dulu lagi…


* Kalah Bercinta hari ini, bukan bermaksud selama-lamanya kita kalah kerana pasti suatu hari nanti kita akan mendapat kemenangan dalam cinta jua.


* Selalunya, jika kita sabar dan tidak menyalahkan kepada takdir atau keadaan, InsyaAllah kita akan dianugerahkan dengan seseorang yang tiada ternilai baik dan hebatnya. Namun untuk mencari kesabaran itu bukanlah mudah. Untuk bertahan amatlah susah, tetapi ia boleh dilakukan. What we need… is to BELIEVE!

Akhir kata, satu pesanan penting dari cik sinda untuk anda :



Fahamilah… apabila kita tewas dalam cinta, jangan berhenti berdoa kepada Tuhan untuk mencapai apa yang dihajatkan. Jika setiap doa kita tidak dimakbulkan, setiap hajat dan permintaan kepada Allah s.w.t sekian lama, tidak ditunaikan, itu sebenarnya bermaksud .
..



Allah sayangkan kita… Dia rindukan kita untuk selalu menyebut namanya. Kalau sekali berdoa terus dapat jodoh dan terus bahagia… mungkin kita tidak akan hargai pemberian itu malah terus melupakan Tuhan yang Maha Esa. Jadi, teruskan lah berdoa kepadaNya setiap masa. InsyaAllah, suatu hari nanti pencarian kita akan berakhir dengan sebuah kebahagiaan yang sejati.
aminnnn......

Jika masih terpikat…!!




Bismillahhirahmanirahim…

“Ramai yang berkata lelaki sama saja, semuanya penipu dan sukar difahami.”




Dalam erti kata lain… LELAKI TIDAK BOLEH DIPERCAYAI! Betul ke? Logik ke? Takkan semua lelaki macam tu… bukankah Allah jadikan kehidupan kita dan alam semesta ini, balance? adil? Bukan kah Tuhan telah aturkan,

* Ada yang baik, pasti ada yang jahat. Ada sedih, sure akan ada gembira. Ada bahagia mesti ada duka. Ini adalah untuk keseimbangan alam kita.

Itu logiknya, BUKAN semua begitu, mesti ada yang sebaliknya...itu yang sesuatu tidak boleh disangkalkan lagi. JADI, TIDAK BOLEH kita berkata,



…Kita bagi cinta lebih-lebih atau sepenuhnya kepada lelaki pun dia menipu jugak. Kita bagi sikit-sikit lagi dia komplen dan curang.



Itulah kata wanita selalunya. Bukan semua wanita la kan, some of them lah.

, wanita-wanita yang selalu fikir yang mereka lebih tahu…



Sebenarnya untuk anda memahami situasi ini… Kita kena memberi peluang kepada diri kita sendiri untuk menerima bahawa… kenyataannya adalah, apabila lelaki masih lagi tidak puas hati atau masih terus curang dan MASIH TERPIKAT pada yang lain adalah kerana lelaki ini tidak benar-benar cinta kepadanya! That’s it and that’s all…



* Bukan sebab lelaki tu complicated atau suka curang atau memang dasar lelaki…ianya adalah kerana lelaki itu masih belum berjumpa dengan wanita yang dia benar-benar cinta!

Seriously, kalau lelaki itu sudah berjumpa dengan wanita yang dia benar-benar cinta, dia akan sentiasa menggelisah nak bersama sentiasa. Nak call setiap masa, nak dengar suara… nak berkepit, asyik teringat-ingat je especially bila berjauhan. Tak ada masa dah nak terpikat kat girl lain… tengok girl pun dia naik bosan, sebab yang dia nak tengok adalah gadis yang dia cintai!!…



SO, girls kalau lelaki tu masih terpikat pada girl lain tu that means, anda masih belum berjumpa dengan lelaki yang benar-benar mencintai anda… Asyik duk jumpa lelaki yang hanya nak main-main je, …in fact, walau seribu lelaki sekali yang anda telah bercinta, dan lelaki itu tetap berubah hati dan masih terpikat pada yang lain… The reason is so obvious, he’s NOT THE ONE!



Anda masih belum jumpa the right one. So, keluar dari perhubungan itu, dan bersama dengan yang betul-betul serius tentang masa depan bersama, serius mahu mendirikan rumahtangga. Serius for you, that’s it! Okay?:)

Friday 17 June 2011

opsss..TERLEBIH SUDAH!!!

Biar secukup rasa orang kata, itulah yang paling penting di dalam bercinta, mencari cinta, mengenali cinta, berkorban untuk cinta, cuba mendapat balasan cinta, …JANGAN OVER, JANGAN MELAMPAU

…Kalau dalam mana-mana pertandingan atau usaha untuk memenangi hati seseorang biar nampak EFFORTLESS, meaning usaha kita tu nampak seperti biasa-biasa saja tetapi sangat meaningful. Seperti seorang pakar chef, sewaktu memasak tidak gopoh dan gelojoh, sebaliknya tenang dan cool je.

Kalau bangsa over ni beb, ianya seolah-olah memberi tekanan dan terlalu bersungguh-sungguh sehingga membuat orang rasa menyampah sort of annoying. Orang putih kata, “You’re trying TOO HARD!”

Kita tak nak tu… kita nak biar dia nampak dan hargai usaha kita tetapi, dia tidak rasa kita OVER or trying too hard. How to do that??... Di sini ada 8 cara untuk tidak nampak over, walaupun kita sebenarnya berusaha memenangi hatinya ;) :-
1. Freedom : Maknanya kita banyak memberi ruang kepada dia untuk melakukan apa saja yang dia suka. Mungkin kita akan rasa takut nanti dapat kat orang lain. Tetapi percayalah, lagi kita sekat dia, lagi mudah untuk dia pergi kepada orang lain.
2. Relax & cool : Maknanya apa saja keputusan yang dia buat kita kena tenang dan memberi sokongan padu. Mungkin kita tidak suka, tetapi let dia tahu yang kita tidak setuju tetapi kita menyokong apa saja yang difikirkan betul oleh dia.
3. Positively correct : maknanya walau kita tidak bersetuju cara pemikirannya, tetapi kita selalu fikir positif. Mungkin apa yang dilakukan nya itu akan membawa kejayaan dikemudian hari siapa tahu? Kan…so from here, dia akan merasa anda not trying too hard!
4. Freedom of speech : Maknanya kita kena lebih banyak mendengar dan memberi peluang kepada dia untuk memberi pendapat setiap kali kita berbual dengannya. Bukan kita asyik nak cakap kat dia apa yang betul, apa yang salah… instead kita banyak berbincang dan biar dia fikir sendiri. Until dia yang meminta pendapat kita.
5. Free yourself : Maknanya kita jangan stuck dengan dia je dalam minda kita ni. Kita kena banyak fikirkan perkara-perkara lain yang banyak lagi penting-penting boleh kita fikirkan. That way, dia akan melihat kita effortless dalam percubaan memiliki dia, dia akan fikir, “Dia ni punya hidup yang interesting dan minat kat aku tapi…dalam masa yang sama seperti tak nak kat aku je, eee geram!” hehehe…
6. Free from contacts : Call sekali tak angkat jangan call lagi! Dia dah tahu you call, kalau dia suka dia akan sms atau call balik. Kalau dia TAK reply back maknanya dia tak suka. Esok call sekali lagi. But make yourself free daripada in contact supaya jiwa you relax tak tension je menanti dia call.
7. Free from one person : Meaning you kena ada ramai KAWAN. Tak boleh yang tu lah you minat, yang itu lah juga kawan you. Must have many-many opposite sex friends supaya, secara tidak langsung minda you akan lebih open dan diri you akan lebih berpengalaman serta banyak informasi dari setiap kawan-kawan anda. Ramai gagal dalam cinta kerana hanya kenal 1 kawan who is kekasih dia jugak!
8. Nota Cinta : Yes, this is my favourite! That’s why I ada notacinta.com hehe. Okay here where the secret is… “LESS IS MORE!” meaning bila ada masa terluang… BUKAN SETIAP MASA, tetapi find the special time untuk berikan sedikit nota cinta kepada dia. Tulis short and sweet words kata-kata cinta! Pendek-pendek je, supaya dia merasa DAHAGA kan for MORE!
So macamana? Boleh buat? Sure boleh punya… all you need to do is free yourself dan make that change in your life, InsyaAllah anda akan kelihatan lebih menarik, diminati dan disukai ramai!

Don’t let anyone stop you from what you want to do… fikirkan kebahagiaan masa depan anda, fikirkan keluarga anda yang mahu anda happy dan fikirkan hidup anda yang selama ini hanya dipenuhi dengan kesedihan. Masa untuk anda bertindak dan claim your happiness!!

I believe in love, so can you!


Buka mata & lihat "THE REAL PICTURE"!!

Persoalan berat kaum wanita dan gadis2 sedari dulu hingga sekarang...akan kita ungkapkan hari ini. Walau bukan semua wanita sebegini tetapi ramai juga yang melakukannya… jadi cik SINDA ingin cuba menyedarkan dan membuka mata mereka agar mereka terselamat dari terbelenggu lagi. I mulakan dengan soalan …

"Mengapa wanita TETAP cinta dan terus cinta kepada KEKASIH nya yang telah berkali-kali berlaku curang? Mengapa wanita juga sanggup JATUH CINTA walau dia tahu lelaki itu playboy dan ramai awek?"

Jawapannya adalah Kerana :-

Wanita ingat mereka boleh selamatkan lelaki itu
Wanita juga ingat ex girlfriend lelaki itu tak pandai, jadi dialah lagi pandai
Wanita juga selalu ingat yang ada misteri di dalam lelaki jenis ini
Wanita juga beranggapan lelaki golongan bad boy ini ada GOOD side dalam diri mereka, jadi mereka ingin keluarkan the good side of them.
Yang paling ramai, Wanita ingat mereka boleh ubahkan lelaki ini jadi baik

Kesiannn wanita… sedarkah anda atau tidak sedar? Janganlah kerana cinta, anda membutakan mata anda itu beb. REALITI CHECK untuk golongan wanita yang berfikiran begini :-

Lebih baik selamatkan diri anda dari nak selamatkan lelaki yang tidak mahu diselamatkan itu.
Sedarlah yang lelaki suka dengan apa yang dia buat. Berlakon je tak suka dan menyesal
Jangan ingat ex girlfriend dia atau wanita lain tidak bijak melayan, sebenarnya mereka telah habis usaha, sehingga sudah putus asa kerana pasangannya tetap mengecewakan mereka.
Tiada misteri dalam diri lelaki-lelaki sebegini, mereka memang begitu, tidak bertimbang rasa dan sanggup mencurangi anda.
Lupakan lah saja niat anda itu…the good side takkan muncul. Anda ingat anda lah yang boleh jadikan dia baik? Dream on!
Tiada lelaki yang suka dirinya diubah oleh wanita. Jika mereka nak berubah, mereka akan berubah tanpa diajar or disuruh oleh wanita. Sia-sia saja jika anda fikir anda boleh mengubahnya!

Sedarlah, Buka mata dan lihat "THE REAL PICTURE!" kalau sekali curang mungkin boleh lagi nak maafkan (Not Me). - Tapi kalau dah 3-4 kali curang, bertembung depan mata, dah maafkan pun tapi buat lagi. You tunggu dia lagi buat apa? Dia tidak akan berubah punya beb… tak payah nak jadi penyelamat la, dia orang tak mahu diselamatkan, dia orang suka buat apa yang dibuat tu. Sedarlah wahai wanita-wanita semua…sedarlah!

Curang atau menipu dan dapat awek lain semasa dia sudah ada awek adalah seperti DADAH! Dia tahu ianya memudaratkan tetapi dia lagi nak buat, kerana SEDAP BEB! Mengkhayalkan! Lelaki baik yang tak buat pun rasa nak buat, tapi masih boleh berfikir...tetapi lelaki yang buat ni, like I said, "It's like a drug" - Sekali dah rasa, dia akan ketagih untuk buat lagi dan lagi!

Anda tanya pula, "Kalau tak suka, dan nak ada girlfriend lain mengapa tak putuskan saja hubungan dengan anda?

Dadah beb...faham tak? Kalau hilang thrill menipu dan curang tu, hilanglah rasa khayal sedap dadah tu. Kalau dia putuskan, tak best lagi la... that's why wanita kena faham sifat kegilaan ini.

TAPI, yang you nak tunggu dia putuskan tu pasal apa? Belah sendiri je lah ;)
Jadi, tak perlulah anda nak mencuba nasib, menyelamat dia, mengubah dia dan berfikir anda lebih bijak dari orang lain, KERANA semua wanita sebelum anda JUGA, berfikiran seperti anda. At the end of the day... ANDA TETAP DIKECEWAKAN!

Mulakan hidup anda dengan cara yang betul-betul menyebelahi anda, jangan kita mulakan hidup dibelakang masalah yang bertimbun. SATU KESALAHAN sudah dikira berat... JANGAN TUNGGU LAGI jika sudah banyak kali kesalahan sama dilakukan. Pegang perinsip itu!

Buka mata dan lihat "THE REAL PICTURE" ...that's NOT LOVE to believe in!ok frens~

Tuesday 24 May 2011

kenapa masih dan masih SINGLE????

KENAPA STILL SINGLE???




1."Duit dah tak ada". Padahal duit disimpan
untuk membeli pakaian yang berjenama.

2. "Nak beli kereta mewah dulu baru nak
kahwin". Padahal kerja bertahun dan penat
lelah tetapi masih tak cukup nak beli kereta
mewah.

3. "Susah la nak cari yang berkenan dihati".
Padahal memilih sangat,tak mau yang
gemuk, kurus sangat pun tak suka.

4."Tak datang seru lagi kot". Padahal awek
atau pakwe keliling pinggang.

5."Banyak sangat halangan". Padahal diri
belum bersedia.

6."Belum bersedia la". Padahal cukup segala
syarat2 nya.

7. "Ilmu tak cukup la". Padahal dah ada
master atau PHD.

8."Kahwin nanti tentu susah nak kena
tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri
yang 2 x 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak
kena tanggung semua dosa isteri, dosa
sendiri tak tertanggung nie pulak nak
tanggung dosa isteri".Padahal tak pernah
usaha untuk tingkatkkan diri sendiri dan
mencari ilmu secukupnya dan tak pernah
mencuba pun.Padahal Allah dah berfirman
yang bermaksud Lelaki yang baik untuk
perempuan yang baik dan begitulah
sebaliknya.

9."Dah mencubalah tapi telah dikecewakan".
Padahal tak reti pun nak bercinta.

10."Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih
dahulu la".Padahal tak buat kerja apa pun.

11."Busy la, banyak keje nie". Padahal
pentingkan kerja daripada menunaikan
sunnah nabi.

12."Jodoh tak sampai lagi kot".Padahal jodoh
dah ditentukan Allah cuma perlulah
berusaha.

13."Perempuan nie peliklah kalau dia suka
kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan
marah macam kita nie suka sangat" .
Padahal memang dah lumrah alam sebab
marah tandanya sayang.

14."Ye lah memang la marah tu tanda sayang
tapi saya tak suka la, lepas tu dia heret kita
kehulu kehilir".Padahal suka bagi muka
kepada orang tu dan tak terangkan dengan
jelas apa yang kita suka dan tidak suka.

15. "Dah bagitau dah, nie kita suka dan nie
kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang
kita tak suka".Padahal tak pernah ambil tau
tentang apa yang disukai oleh org yang kita
sukai. Sedangkan kita selalu buat perkara
yang org lain tak suka.

16."Saya takut la nak bercinta nanti terluka
susah la".Padahal banyak baca buku2 novel
yg berunsurkan sedemikian.

17."Lelaki nie suka pasang ramai org
sangat". Padahal ramai artis2 lelaki yang
dipujanya dan bila jumpa lelaki kacak mula
nak terhegeh-hegeh.

18. "Lelaki memang banyak helahlah kejap
suka kejap tidak". Padahal pentingkan diri-
sendiri.

19. "Nak carik yang soleh/solehah lah".
Padahal diri tak pernah solat dan quran tak
pernah nak baca. Kuliah agama selalu uzur
je.

20. "Suka yang pakai tudung labuh je".
Padahal masih pakai seluar pendek,mandi
masih ikut style koboi.

21. "Nak dapat yang berkekalan sehingga
ke akhir hayat". Padahal suka cemburu, suka
boros, suka pada yang cantik saja, suka pada
yang kaya saja.

22. "Masalah la". Padahal dah tahu WORLD
IS STAGE OF PROBLEM.

23. "Nak sambung belajarlah awek saya tu
ader master atau phd malu la".Padahal
belajar2 tak pernah nak lulus. Asyik
mengabaikan pelajaran sebab dating selalu.
Tak yah uji akal, tgk muka dah tau..Bodoh!

24. "Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak
suka kat saya". Padahal bunga bukan seekor,
kumbang bukan sekuntum.

25. "Tak mahu la bercinta, ddk seorang lagi
seronok,tak lah dikongkong, tak akan terluka,
jimat duit sikit".Padahal mengeluh bila
kesunyian, dan mula nak feeling gila-gila.
Cemburu tengok org. kahwin. Pantang tengok
perempuan atau lelaki cantik.

26. "Payah la nak jaga hati masing-masing".
Padahal makan hati banyak sangat,sensitive
sangat, lepas tu banyak makan sarang
tebuan, lepas tu suka sangat main hujan,
main api, main mata, main2.dan sebagainya.

27. "Ramai sangat la yang suka mana satu
nak pilih nie susah lah". Padahal tau boleh
kahwin sampai 4 ikut sunnah...

Monday 23 May 2011

Sila baca anda pasti kembali tersenyum=)

•Di waktu kamu ingin melepaskan seseorang, ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya
•Di waktu kamu mulai tidak mencintainya, ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya
•Di waktu kamu mulai bosan dengannya, ingatlah selalu saat terindah bersamanya
•Di waktu kamu ingin menduakannya, ingatlah bahawa dia selalu setia kepadamu
•Di waktu kamu ingin membohonginya, ingatlah dia telah jujur kepadamu
•Maka kamu akan merasakan bermakna dia untukmu
•Jangan sampai nanti dia sudah tidak lagi di sisimu, kamu baru menyedari semua erti dirinya untukmu
•Yang indah hanya sementara
•Yang abadi adalah kenangan
•Yang ikhlas hanya dari hati
•Yang tulus hanya dari sanubari
•Tidak mudah mencari yang telah hilang
•Tidak mudah mengejar impian
•Namun yang lebih susah adalah mempertahankan yang ada
•Karena walaupun digenggam terlepas juga
•Ingatlah kata pepatah: "Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"
•Belajar menerima apa adanya dan berfikiran positif
•Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun, begitu bangun semuanya akan sirna tak berbekas
•Rumah mewah, harta benda, kedudukan, jawatan, namun ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak dapat dibawa, sehelai benang pun tak mampu dimiliki
•Apalagi yang mahu diperebutkan
•Apalagi yang mahu disombongkan
•Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani
•Jangan terlalu berhitung
•Jangan hanya mahu menang sendiri
•Jangan suka menyakiti sesama, apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita
•Belajarlah tiada hari tanpa kasih
•Selalu berlapang dada dan mengalah
•Hidup sentiasa ceria dan bebas
•Tak ada yang tak dapat di ikhlaskan
•Tak ada sakit hati yang tak mampu dimaafkan
•Tak ada dendam yang tak mampu dihapuskan



Tuesday 3 May 2011

jatuh cinta???

... Cinta kadang tidak bersama jodoh, namun selalunya jodoh pasti ketemu cinta ...


Jatuh cinta pada seseorang kadang membuatkan kita rasa satu semangat yang kuat di dalam diri.. Jatuh cinta jua memberikan kita satu kekuatan untuk terus melangkah dan demi langkah kita mampu menghidupkan suasana kehidupan kita.. Jatuh cinta hanya mengambil masa yang sekejap saja.. Kadang sekelip mata, kita sedari kita telah jantuh cinta.. Namun masih kita belum ketahui adakah cinta yang hadir itu sebenarnya cinta atau cuma mainan perasaan yang selalu kita terpedaya..

Untuk jatuh cinta pada seseorang, kadang tidak memerlukan sebab yang logik.. Kadang rasa itu hadir kerana mungkin hati kita terpaut dengan kecantikan wajahnya.. Memmbuatkan lena tidak kunjung tiba.. Merimaskan diri merindui di kala malam.. Melemaskan perasaan bila cemburu menguasai diri.. Itulah cinta.. Berat perasaannya...

Selalu kita jatuh cinta tapi kadang hanya kita sahaja yang merasakan.. Jatuh cinta pada orang yang tidak mempunyai perasaan cinta pada kita adalah perkara biasa.. Hanya di sebelah pihak saja yang merasakan cinta.. Sungguh perit dan pedih bila cinta hanya bertepuk sebelah tangan.. Tapi adakah itu sebenarnya perasaan cinta? Atau mungkin sayang atau suka.. Atau juga minat? Paling di takuti adakah itu hanya nafsu yang membisikkan rasa?

Dan ada kalanya.. Cinta yang hadir hanya tidak sebelah pihak.. Jatuh cinta dan cinta berbalas.. Terasa dunia kita yang punya.. Terasa malam kian larut tanpa rasa sedar.. Berbunga mekar menghiasi alammu..

Dan amat pedih dan perit, terasa ngilunya hati ini bila sesama ada perasaan cinta.. Tapi cinta itu terhalang dan terpaksa diputuskan atau dilupakan.. Ini mungkin kerana pelbagal halangan.. Adakah mungkin kerana berlainan agama atau bangsa? Adakah kerana perbezaan umur atau pangkat.. Dan adakah mungkin masing masing jatuh cinta tapi cinta terlarang di antara suami orang dan isteri orang?

Hati kadang terasa semakin jauh dalam mengenal erti ketenangan.. Hati kadang merasa meronta untuk merasakan begitu indahnya berteman.. Dan hati selalu saja jauh untuk dipahami.. Kerana hati ini selalu saja sunyi dan sepi yang panjang berteman suram luka yang dalam..

Hakikat kita kadang merasakan tiada siapa yang memahami akan satu rasa di dalam jiwa.. Dan sering kita merasakan tiada siapa yang peduli akan kita.. Semakin lama semakin jauh kita rasakan dengan dunia kita ini.. Sering saja kita leka dalam asyik yang panjang melihat mana letaknya dulu satu ketenangan pernah di miliki..

Masing masing menpunyai tafsiran mengenai jatuh cinta.. Dan pengalaman kita tidak sama.. Kadang ada lagi menyesakkan dada bila memikirkan.. Kadang terasa jauh untuk diharapkan.. Namun cerita kita sama.. Menginginkan cinta berbalas dan mahukan kekal selamanya..

Namun kadang kita lupa.. Tujuan kita ada di dunia ini bukanlah mencari cinta sesama insan.. Tujuan dan matlamat kita bukanlah cinta yang di cari.. Siapalah kita untuk menidakkan takdirNya bila cinta tidak lagi bermaya? Siapalah kita untuk terus melawan hakikat ketentuanNya pabila jodoh itu bukan lagi realiti?

Janganlah kamu tangisi perpisahan dan kegagalan bercinta, kerana pada hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia.. Atas kasih sayang Tuhan kamu dan dia bertemu, dan atas limpahan kasihNya jua kamu dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi.. Pernahkan kamu berfikir kebesaranNya itu?

Saturday 2 April 2011

Pantang wanita kalau lelaki sebegini...!!!

Seperti yg semua owg taw,Lelaki memang berbeza dari wanita. Setiap ciri adalah berbeza samada dari segi percakapan, gaya, gerak geri, penulisan dan sebagainya. Dan sebab itulah terdapatnya beberapa sikap yang pantang bagi wanita sekiranya lelaki berbuat begini kepada dirinya...ok..lets check it out!!

Suka menyampuk
Apabila mendengar sesuatu cerita, menjadi cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk. Cerita tidak didengar dengan tekun..
pantang btul la cik sinda bile bercakap owg menyampuk,mmg nk kena sepukkk la tu kan kan..cam xde adap je..cube klu die yg bercakap owg len menyampuk..sukakah????

Memerintah
Apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan suatu permintaan. Misalnya, ‘buka pintu’, ‘buat kopi’,'angkat kasut’ dan tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti ‘boleh tolong buatkan kopi…’ dan ‘tolong buka pintu tu…’..
haaa owg cm ni,kurang adapnye...nk suh owg wat sesuatu,cube la mintak elok2kan..owg yg nak tolong pon rase senang ati nk tolong...ape de hal..

Bergurau kasar
Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki marah pula dan berkata ‘gurau pun tak boleh.’
nak bergurau biarla kena gaya dan tempatnye...klu lebih2 bukan gurau namenye..bg pompuan yg ok xpe,cm ne klu pompuan yg sensitif???mau nye nanges kat situ gak..kesian kan..so.for guys,before nk bergurau pkir2 la eh..beware haha

Cepat naik berang
Sifat lelaki yang cepat berang, suka mengutuk, mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati. Lebih baik berkongsi pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami...
haaa..spesis ni cik sinda kurang gemar...nak memarah ke kejenye..kang mude2 da dapat darah tinggi...x suke taw..ape ingt die je leh marah...cik sinda pon bole eh???gerrrr..i garang taw haha

Cakap besar
Sikap lelaki yang suka ̢۪syok sendiri̢۪ membosankan. Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling baik...
haaa..jenis ni POYO je lebih..padahal kadang2 x sebarapa pon beliau tu...ckap je lebih!!!blah la wei...wekkkk:P


Suka mengawal
Jika wanita datang dengan sesuatu masalah misalnya berselisih pendapat dengan teman, keluhan tidak didengar secara empati tetapi dengan cepat diberitahu apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana sesuatu patut dikatakan. Memberi huraian yang tidak dipinta....
adoi...nak kawal ok..tapi biarlah berpada2 ye...

Ego sebesar gajah
Sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan, sukar mengakui kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan. Tidak mahu merendahkan diri...
HAA spesis ni paling cik sinda menyampah taw...da salah tanak mengaku...pastu mula nk salahkan owg lain utuk menutup kesalahan mereka..x guna la encik nk ego sebesar gajah..xde pekdahnye..xdenye jatuh maruah anda sbg lelaki andai mengaku kesilapan sendri kan kan....

Tidak suka meluah emosi
Walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran, lelaki lebih suka diam membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa terasing dan terabai..
yang ini ,cik sinda sendri da alami..mmg saket..adoiii....semua menjadi tanda tanya???persoalan demi persoalan muncul..bile tny tanak cakap..ape susah benor nk terus terang..atlist kurang skit bebanan kat kepala hotakkkk tu kan....diam2 xde gunanye..hny menambahkan lg masalah je...menci taw...terseksa jiwa makkkk~

Buat wanita rasa bersalah
Jika wanita menimbulkan sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan kurang senang, lelaki menganggap wanita itulah yang bertanggungjawab membangkitkan perasaan negatif pada dirinya dan bukan terhadap perkara yang disebutkan itu...
the best way is berterus terang..just let the girl know...kan lgi bagus..xde la si gadis rase serba salah...

Lokek beri pujian
Lelaki suka dipuji tetapi berat memberi pujian sama ada jika masakan sedap atau pakaian isteri yang cantik. Mereka seolah-olah tidak perasan sebarang perubahan. Buat penat masak sehari suntuk dan berdandan untuknya...
mase mule2 bercinta semuanye indah,dah lame2 ape pon tarakkk hahaha skali skala puji ape slahnye wahai encik lelaki...bukan susah pon...atlist sedap skit hati si isteri/gf anda..kan ke lagi mengeratkan perhubungan...

Pengotor
Tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam soal kebersihan diri atau yang suka mengotorkan ruang sekitaran...
eee..spesis ni cik sinda paling x suke..selekeh..euwwww....kdg2 pakai da smart skali wat prangai buruk..meludah sini sana,korek idung or gigi di khalayak ramai..yucksss.....kentut bersepah2...hello men..plzzz la jaga kelakuan anda kerana anda di perhatikan...kelakuan anda melambangkan keperibadian anda ok!!

Lupa hari-hari istimewa
Wanita yang bersifat nostalgik dan romantis memang senang diberi hadiah yang bermakna pada hari-hari istimewa. Lelaki yang ‘buat dek’ terhadap keinginan begini bersiap sedialah apabila cik adik merajuk...
mostly lelaki akan melupakan..tp klu ade yg ingt untung lah...

Tidak tunjuk rasa kasih
Wanita ingin dibelai dan dimanjakan dan tentunya akan berasa tidak disayangi apabila lelaki bersifat seperti robot, tiada luahan kasih sayang dalam bentuk senyuman, gurauan, berkongsi masalah dan dakapan...
bile lelaki bersikap seperti ini,maka si gadis akan merasa diri mereka tidak di sayangi...sekali skala tunjukkanlah kasih sayang anda kepada pasangan..tapi jgn la over sgt,sampai depan2 owg ramai nk bermanje2 katanyeee,..owg tengok pon meluattttt..huhu berpada2 la ye...


Sekiranya anda lelaki, peliharalah diri anda. Anda suka kepada si Dia, oleh itu, anda kenalah menunjukkan yang diri anda itu layak untuk dirinya. Semoga berjaya!!!

p/s:cik SINDA sendri pernah mengenali kaum adam yg seperti2 di atas...all are REJECTED!!huhu

Sunday 27 March 2011

CINTA ITU BUTA (-_-")???

Pepatah orang tua-tua, “Cinta itu buta” , orang putih pulak selalunya dia kata, “Love is blind” Samalah tu Kan:D ...Tapi rumusannya, it's “Fool for love” Makna di sebaliknya ialah kita semua akan menjadi seperti, bodoh kerana cinta!benarkah????

Secara ikhlasnya, bagi pendapat CIK SINDA...kita bukan bodoh kerana cinta atau fool for love. TETAPI kita “BERANI MENCUBA LAGI” that what make things exciting!...but, tidak dapat disangkalkan lagi, apabila kita jatuh cinta pada seseorang tu kan. Apa yang kita fikir? NOTHING! ;)ibarat dunia ini ana yg punya haha

Apa yang kita tahu :-
Kita nak dia, kita cintakan dia, kita sayangkan dia dan hanya dia yang kita ingatkan.
Walaupun kita tahu dialah yang :-
Menghancurkan hati kita, mengecewakan kita, tidak menghargai kita...tidak fikirkan kita, tidak pun mahu hubungi kita, tidak hiraukan kita, tidak pentingkan kita...kita tahu, dia tak lawa, dia tak hensem, dia tidak layak untuk kita....
TETAPI, naluri kita menginginkannya...walau sejuta orang mengatakan tidak...tetapi hati kita mengatakan ya?...siapa yang nak halang? Di sinilah, yang dikatakan, “Fool for love” ...walau apa kawan-kawan atau saudara mengatakan yang dia tidak baik untuk kita atau dia tidak sebagus yang kita sangka tetapi kita tetap gilakannya...kita tetap mahukannya!

THE FACTS : Selalunya apa yang saudara dan teman-teman rapat fikir...semua betul!! Too bad. Hehe... Secara logiknya, orang yang berada di luar perhubungan lah yang berfikir lebih rasional dan clearly nampak siapa sebenar yang kita cintai itu.

Personally, sy sendiri pun pernah fool for love..which I found it very interesting, it makes my life lagi menarik dan exciting! Some of the experience yang saya sendiri lalui, ia membuatkan diri kita terasa seperti masih remaja gitu hahaha...wild and free....memang best sangat!!!

So, kalau sesiapa sahaja come to me and seek for my advise, I would say go ahead!...fall in love!!Dia bagus atau tidak, dia kena untuk kita atau tidak...itu biar kita sendiri face it later, temui sendiri jawapannya... Biar kita terkecewa dan hurts...but at least kita tahu dia bukanlah untuk kita...cuma, sudah tentu cara kita tahu through the hard way kan. Which, to me...it is good! Barulah kita benar-benar terjaga dari lena lalu mahu belajar dari kesilapan kita kan...bak kata owg belajar dari pengalaman kerana pengalaman itu lah yg mengajar erti kehidupan yg sebenar...cewahhh hehe

CUMA, my opinion...jangan degil!!!

“It's cool to be fool for love...but it's not cool if you're making a fool out of yourself”
Maksud sy, nak jatuh cinta mengikut kata hati kita, dan tidak hirau apa orang kata tu...GO AHEAD! It's exciting...tapi selepas you tahu yang dia is not for you...terus belah lah. Jangan tunggu-tunggu lagi ok. Kalau sedar yang dia tak mungkin akan kahwin dengan kita, atau dia tidak seperti yang kita harapkan...make your move beb! Ramai lagi diluar sana yang pasti lebih menghargai kita, pasti sukakan kita lebih lagi. You just need to believed...

Some of us, kesilapan inilah yang selalu dilakukan. Dah tahu sendiri yang kekasih kita tu tak baik...jahat...tak hiraukan kita...tak bagus untuk dijadikan suami/isteri tapi kita naaaaaak juga! Teruuuuuus jugak bercinta...ape laaaa.....

akhirnya, tak mahu kalah kononnya...lalu, berkahwin lah...tidak berapa lama, bamm!! CERAI!! Itu yang jadi Making a fool of yourself tu...haaa rasekan..

Forget about your friends around you yang mungkin akan mengata you've lost the battle. Forget your family yang akan berleter. Forget your own ego!!...If he's or she's NOT the one...then he or she's not the one. THAT'S IT! Bottom line...breaking off atau kecewa dalam bercinta, BUKAN tanda anda KALAH!paham!

"We're not fool for love, but we dare to fall in love again...with dignity!"
:P



p/s:yeahhh..for those di luar sana..chaiyok2....meh same2 kite layan lagu spring..butakah cinta=)


Berapa lamakah lagi
Terpaksa aku menanti
Sehingga pedihnya penyiksaan di hati

Bukan hanya kepentingan
Malahan keegoan telah ku korbankan
Berlimpahan kasih sayang... aku curahkan
Buat mu seorang...

Kiranya semua itu
Tak bermadai bagi mu
Apa sebenarnya yang kau mahu
Ku tak tahu...

Kau hilang bila ku tiba
Kau datang bila ku kecewa...
Terasa diri...di persenda...
Dimana berakhirnya nanti
Permainan sendiwara mu ini...
Sesungguhnya aku... tak mengerti...

Jika benar cinta itu buta...
Butakah mata ku...
Berkali terluka masih jua... ku merindu...
Apa yang ku inginkan...
Cuma kejujuran dalam perhubungan...

Jika itu tiada...
Apalah ertinya...
Penantian ini hanya sia-sia..

C.I.N.T.A & A.G.A.M.A!!

Apabila menyentuh soal agama, ianya adalah sesuatu yang amat sensitif jika tersalah tafsir. Tetapi, sesungguhnya hanya manusia yang tidak suka diminta-minta, berbeza dengan nabi-nabi kita serta para sahabat yang sentiasa mahu memberi, tanpa diminta.

Nabi Muhammad s.a.w, pernah satu ketika sengaja berlakon di dalam gelap kononnya sedang memakan sup yang sebenarnya hanyalah mangkuk kosong. Why? Ianya adalah kerana beliau mahu memberi the only soup yang dia ada itu kepada seorang fakir yang sangat lapar dan meminta sedikit makanan. Sambil fakir itu makan, beliau juga ‘makan’…

Ustaz Datuk Ismail Kamus selalu memperkatakan soal meminta atau memohon doa di dalam islam. Kata beliau, “Mintalah apa sahaja, dan doalah kepada Allah s.w.t kerana Allah SUKA kepada hambanya yang memohon doa dan meminta dariNYA. Bukan seperti manusia yang tidak suka diminta-minta”

JADI, apa kata… sempena Hari Jumaat, yang bermaksud Hari Kebesaran ini…

Lakukan solat hajat, dan berdoalah, selepas segala doa untuk keberkatan hidup, selepas doa untuk keselamatan keluarga dan selepas kesemua doa yang penting-penting…
…kita sertakan doa untuk kebahagiaan di dalam perhubungan cinta kita, doakan untuk kekal hingga akhir hayat, doa kan jodoh yang berkekalan, doakan suami/isteri terus setia dan bertambah sayang…dan sebagainya.
Pada yang belum ditemui jodoh, amalkan solat hajat setiap hari, terus berdoa…keep praying, keep believing, JANGAN PISAHKAN Cinta dan Agama…dah dapat jodoh pun, teruskan dan amalkan doa kasih sayang.
Tapi jangan pergi belajar doa pengasih, atau guna ubat pengasih pula ya… adoi! Please ya…

Jumpa ustaz-ustaz dan belajar berbagai doa untuk cinta, untuk kasih sayang yang sejati, tulus dan ikhlas, setia pada yang satu…doa untuk rumahtangga. If not, beli buku-buku doa dan belajar berbagai doa kasih sayang, InsyaAllah berkat!

Apa yang CIK SINDA ingin katakan di sini adalah…Cinta dan Agama perlu di satukan setiap masa. Kita selalu tertanya-tanya, mengapa kita tidak bahagia? Mengapa kita masih kesunyian? Mengapa masih belum ada jodoh untuk kita? …the answer is, usaha kita belum sampai ke tahapnya. Kembali kepada yang Maha Esa, InsyaAllah… things will be different!


p/s:insyallah allah di sisimu...

CINTA INI.......SEPI......(T_T)


Pernahkah anda mencintai seseorang sehingga anda menangis kerananya? Pernahkah anda mencintai dia sehingga anda tidak tidur, tidak dapat melelapkan mata walau sesaat? Mencintainya sedalam-dalam cinta, sehingga anda rela melakukan apa saja?

...walau terseksa batin, jiwa dan raga anda teruskan jua cinta anda kepadanya!

Bukankah lebih senang jika kita lupakan saja cinta itu? Bukankah lebih mudah jika kita mulakan sebuah percintaan baru dengan orang baru? Mengapakah awan mendung berarak hitam itu juga yang kita dambakan? Kesepian yang menusuk kalbu juga yang diimpikan?

Sesungguhnya berkata-kata adalah jauh lebih mudah dari melakukannya, kan?! Dulu ku fikir, mudah untuk aku menukar cinta. Namun kini, pabila langkah ku longlai, bagai tiada lantai untuk ku mengertak, bagai sapuan angin...aku mengaku kalah pada sepasang mata yang sangat sukar untuk ku pujuk rayu, apatah lagi memilikinya.

Hanya yang merasa kan mengerti betapa cintanya aku pada dia...walaupun dia mencintai orang lain.....ya, panjang helaan nafas ku terhembus sejuk, beku...tak bermaya...

Cinta ku ibarat semangat yang membara, melakukan apa sahaja demi kebahagiaannya. Namun cintanya tetap kepada yang lain...walaupun dia merasa betapa indahnya cinta ku bak pelangi, walau bergetar jantungnya pabila merasai cinta ku yang sehangat mentari....namun, dia tetap mencintai orang lain. Mengapakah ini bisa terjadi??

Alangkah sedih aku, walau selaut cinta kucurahkan namun sekelumit tak ku rasai balasannya. Dia langsung tidak tersentuh, tidak terasa...

Bukan salahnya, tetapi salahku yang membiarkan diri alpa dengan manjanya, manisnya... Mengapa aku harus menaruh seribu harapan pada yang tak sudi? Mengapa aku membiarkan diri terlamun cinta sepi? Bukankah hanya kesedihan yang pasti merobek hati?

Apa yang ku fahami, itulah cinta sejati...ibarat mengejar mentari, walau hangat, walau bisa membakar diri, itulah yang diimpi...

Mata ku bergenang di saat menulis artikel ini, dada ku sebak tak terperi...sedikit penyesalan melanda di hati, apa bisa ku ubati luka ini? Tiada siapa yang mengetahui...cuma yang pasti aku dalam dilemma...arah manakah yang harus ku redahi?
Berundur dan menikmati kesenangan tanpa kebahagiaan?
Hanya terus melayan saat manis, yang hanya berasaskan kebahagiaan sementara?
Atau terus berjuang, walau kekecewaan yang pasti menanti?

Inilah kemelut sebuah percintaan yang sulit untuk dihuraikan. Ramai yang mengalaminya...ramai yang terkecewa, namun...ada kah jawapan untuk semua persoalan ini?

Jawapan dari ku,
"Walau ku masih mencintai mu, walau ku masih menyayangi mu...ku harus melupakan mu, ku harus meninggalkan mu...ku harus merelakan kau pergi..."

Saturday 12 March 2011

pernah x kowg rasa nak lari dari umah???

assalamualaikom..hello peeps...

aku nak tny kowg ni,pernah x dalam seumur idop kowg terpikir nak lari dari umah??? adakah lari dari umah ni seperti lari 100m??4x 100m??lari lompat berpagar??hmmmm.....xde ke istilah jalan dari umah??kenapa mesti lari???

Honestly.aku sendri pernah terpikir nak lari dari umah..tp memandangkan aku yg terlalu chubby ni,mane la larat nak lari kan..kan...hahaha tapi tu kisah dulu2 la,mase aku kecik2..budak2 biasa la kan..mane taw pikir rasional....aku rase ramai budak2 ataupun remaja akan rase benda yg sama...budak2 ni kan suke memberontak..ade aje yg mereka x puas ati...tambah2 bile setiap ari asyik kena marah ngan parents kan kan...

dulu2 bile aku kena marah ngan mama,mesti aku akan lari masuk bilik smbil menghempaskan pintu bilik sekuat ati...dummmmmm...kebaboooommmm.....mcm nk tercabut pintu aku kejekan huhu(tanda protes la tu) pastu aku akan bergolek2 dan berguling atas katil smbil mengalirkan air mata..otak aku mule berpikir ibarat di rasuk setann..demm...berpikir la konon2 nak lari dari umah..yg x tahan tu siap pikir nk bawak baju ape..nak bawak beg mane...haha padahal kalau aku lari dari umah pon bukan aku ade hala tuju..x pasal kang tido tepi jln lak ..huhuh x sanggup makkkk....

bile dah besar2 ni ,kadang2 ade gak kena marah hehe biasa la kan...budak degil...pernah dulu sbb stress sgt2 ,aku cadang nak lari dari umah..tp aku batalkan hasrat aku...aku mule berpikir..kalau aku lari dari umah,mane aku nk stay?mane aku nk pegi??aku mane ade umah sape2 yg bole aku stay..xkan aku nk merempat kot..t aku nak makan ape??(da la aku kuat makan).bape lame lak aku nak lari kan???haaa mcm2 taw lam otak ni....klu aku lari dari umah,mesti mama aku akan risau..setitis air mata ibu berdosa besar taw...aku tanak jadi anak derhaka..

aku x rase lari dari umah leh settlekan masalah..lagi menambahkan masalah adalah kot..menyusahkan diri sendri dan menyusahkan owg lain gak...kite pon tataw keadaan kat luar sana tu cm mane kan..tah ape2 owg ade...skunk ni byk owg jahat..mcm2 kes kite dgr skunk ni..bunuh la ape la..eeee takot aku...

so,kepada adik2 kat luar sane,sblum nk wat ape2 pikir dulu masak2..ape tindakan yg akan kita wat tu baik atau x..jangan sampai satu ari nnt kite akan menyesal..mase tu nak menyesal pon da xde guananye...mungkin nasi da jd bubur...mase yg dah berlalu x kan berpatah balik...beringat lah kite sebelum terlambat ye..aku sendiri pon harus muhasabah diri.melihat dari dalam dan memperbetulkan diri sendiri...aminn...

Friday 11 March 2011

bukan susah pon nak senyum kan...

hello readers....what's up!!assalamualaikom..apa kabar anda sekalian ..di harap semua baik2 sayang ye...

ok..today kite nk story morry ckit pasal SENYUM...mesti semua owg penah dengar kat radio kan lagu SENYUM nyanyian MALIQUE dAn NAJWA..aku pun suke kot lagu tu...haha


Kenapa orang sekarang susah sangat nak senyum.Adakah disebabkan masalah yang bertimbun-timbun ataupun tekanan di tempat kerja, kelas dan sebagainya.itu lah persoalaannye?

ok bab senyum ni yang selalu orang lupa..sesetengah la yer dari apa yang aku jumpa tiap-tiap hari ni huh..susah sangat nak senyum KENAPA? Ada emas ka dalam mulut?ka xdak gigi? uish pelik kan?senyum je kot..ape yg susah sgt,,kok ye xde gigi sekali pon senyum je bukan suruh sengih tunjuk gigi tu..adoiii.. Bukan ka senyum itu satu sedekah? Ka aku yang silap? Huhu..contoh mesti ja ada orang yang tak leh senyum time aku, jejalan pergi mana-mana ka kan..mesti ja terserempak dengan diorang yang susah bebenor nak senyum... ate mengapa? susah sangat ka senyum? bukan suh pi tegur or menyapa mereka segala bagai kan? Ni tak siap jeling-jeling apa hal?cam nk gadoh lak.. ish-ish..macam-macam manusia ni kan? Aku pun tak faham...bila senyum siap buat muka jeling-jeling kat aku apa salah aku? aku tak buat salah pon...apa hal kau hahaha..gangster ya?.abaikan orang itu...tak pa biar senyum sebab senyum tu kan satu sedekah dan murah rezeki korang kalau senyum hari-hari tapi janganlah senyum bila duk sengsorang lak hahah kang x pasal2 ada orang tengok dah ckap..pehal budak ni ..GILAKAH???...kekeke ok? huhu...
Senyumlah baru nampak manis muka tu... owg tgk pon sedap je mata memandang ...ecehhh..x gitu kawan2??

ni aku share ckit fakta pasal senyum:


Fakta Menarik Tentang Senyum..

-Senyum merupakan ekpresi kebahagiaan yang diakui hampir semua budaya di dunia..

-Ada 18 jenis senyuman yang digunakan dalam pelbagai situasi contohnya senyuman untuk mengatakan 'hai' dan sebagainya...

-Senyum merupakan ekspresi muka yang paling banyak digunakan manusia..

-Bila kita senyum, kira-kira 3 hingga 53 otot di muka digunakan..

-Senyum akan mengeluarkan endorfin yang membuatkan kita berasa lebih baik walaupun jika kita cuma buat-buat senyum atau senyum paksa...

-Senyum yang real dan senyum palsu boleh dibezakan dengan melihat mata orang yang tersenyum...




**SENYUMLAH...SENYUMLAH..AHAII CIK MEK MOLEK HEHE


p/s : Senyum tu awek muda gak wo0o..sila percaya ok? (^_^) sesiapa datang blog aku sila senyum ye=)

Thursday 10 March 2011

SALAHKAH AKU MASIH SINGLE????

Salah ke Kalau Aku Still Single ?

entri kali ini aku akan mengungkap persoalan yg sedia ada..cewaahhh....salah ke kalau aku still single ? aku bukan lesbian dan aku takde penyakit alergic pada lelaki ( harap maklum ). aku masih gadis sejati yang memerlukan lelaki dalam hidup suatu hari nanti. cuma sekarang aku mungkin belum ditemukan jodoh untuk berpasangan,dan sudah ramai kawan2 aku yg da berumahtangga dan sudah ade anak... yes, aku tahu umur sebaya aku sudah harus mempunyai pasangan 'standby' untuk masa depan. tapi mungkin pasangan yang telah tertulis untuk aku masih mencari aku. mungkin dia ada kat luar Malaysia ( waa, bajet pulak ! ) aku percaya setiap manusia di muka bumi ini dijadikan berpasangan. jadi, aku tak perlu bergopah-gopah nak ada pasangan. bohong la kalau aku cakap aku tak nak ada couple dan menanti pasangan aku dengan sabarnya....sabar ye cik sinda...:P


Hidup single ada juga kelebihan ada juga kekurangan....bagi aku, aku tengah berada dalam 'comfort zone' yang mana aku rasanya lebih senang hidup tanpa komitmen...eh saper kata aku tak nak teman...aku nak...cuma untuk satu kehidupan yang perlu komitmen aku tak yakin aku mampu dan betul2 bersedia...susah ke nak cari teman...teman ada banyak kategori, yang mana satu? Teman untuk suka-suka, teman istimewa atau teman untuk selamanya? Aku tak nafikan aku ramai teman....tapi teman yang untuk selamanya tu je masih belum aku jumpa...bagi aku, aku macam takde luck untuk betul-betul bercinta...kenapa? haruskah mandi bunga??hahaha Memang tak dinafikan bila lihat mereka yang terdekat dengan aku dikeliling aku ni ada family, ada anak-anak....aku cemburu...tu lah aku cakap sape kata seronok hidup single, memang tak seronok cuma aku rasa selesa hidup begini wat masa ni...



aku tak pasti adakah aku golongan yang memilih...memilih ke???sapelah aku untuk memilih.. nak kata aku sangat la rupawan sehingga mamat yang lalu sebelah aku menoleh ke arah wajah aku berjuta-juta kali akibat kejelitaan yang tidak terperinya ! demm, aku benci ayat novel nie !never..aku lalu dieowg wat dono je haha.. nak kata keluarga aku terlalu kaya sehingga berderet-deret anak Datuk, Menteri nak masuk minang aku..OMG..(oh mmg gile) nak kata aku golongan Tengku, Megat dan apatah lagi keturunan Sultan-Sultan Tanah Melayu nie.mmg lah tidak.. nak kata apa lagi sebab aku bukan tergolong dalam semua keadaan tue. aku hanya gadis biasa yang hidup serba sederhana. tak perlu kata apa. just baca je apa yang aku nak tulis nie. ok..


kadang-kadang ada juga golongan yang salah erti dengan aku yang masih sendiri...tp aku yang pilih jalan nie. aku yang nak jadi macam nie. ada sebab kenapa aku masih macam nie. aku boleh je nak couple, kalau kalian rasa aku dah sangat terdesak !!(mungkin kadang2 nmpk terdesak) jika kalian berada di tempat aku, betapa susah nya aku kena bertempur dengan perasaan sendiri..susah sesangat ok!!. betapa seksanya aku kena melayan setiap kerenah manusia yang sangat berbeda. bohong la jugak, kalau aku kata takde lelaki yang mahu mendampingi aku. ada, tentu ada. tapi mereka-mereka itu, adalah yang sedia maklum "sang buaya,biawak,cicak dan yg sewaktu dgnnya" yang tunggu masa nak baham aku je. cukup la sekali aku pernah menjadi mangsa!!serik dowh!




kadang kala aku sangat tak faham lelaki yang sudah ada awek lawa nak mampos pon tapi still nak flirt dengan perempuan lain...haishh... ada juga lelaki yang macam biskut(jenis ni aku dah banyak kali jmp). hari ini bukan main dia text bagai...bagi harapan kalah kan gunung JERAi(sbb aku owg kedah hehe) tapi esok dah hilang macam angin..tah mane tercampak.. yang nie aku paling suka, add pelbagai gadis lawa di facebook dan mula mencari mangsa. demm !!


aku rasa aku tak perlu kot buat entri pasal nie. tapi tak tahu la kenapa, aku rasa aku perlu jelaskan sesuatu. dari tadi, aku asyik TAIP, PADAM, TAIP, PADAM !adoii... aku rasa kalian sana asyik menilai aku kan..kan...
aku tak akan pernah lupa kata-kata,

"u tue sebenarnya tak laku kan ?"


"blah la kau. kau tue memilih sangat !! "


"besi kalau dikikis, lama-lama haus jugak." (apakah yang ini ? )


nampak ape pandangan mereka terhadap diri aku ? serong dan senget kan ? mungkin aku tak cukup sempurna ( tak ada sesiapa yang sempurna dalam dunia nie ).klu ade silelah kenalkan dgn aku! mungkin aku tak cukup sifat untuk menjadi gadis idaman setiap lelaki. aku pun takdelah nak lelaki yang datang melamar aku dengan kereta kuda, berlian seketul atas cincin(walupon umah aku kt TMN BERLIAN), bunga berpuluh-puluh dozen, siap karpet merah dan makan malam yang sangat indah..(Ala2 cam cite CINDERELA walaupun name aku SINDARELLA) bak kata mak aku, Tauke kondom pun boleh mampos kalau macam tue ( hahahahaha ). yg aku pelik mengapakah mesti KONDOM:P


Bagi aku apa yang aku paparkan ni adalah satu pengalaman indah, pahit, manis, masam dan kelat yang mana ingin aku simpan dalam blog yang simple ni supaya aku sentiasa ingat apa yang pernah terjadi dalam kehidupan aku sehari-hari ni....aku ni sebagai manusia kekadang pelupa mengalahkan org yg dah tua sangat hehe..jadi bila aku nak ingat apa yang pernah terjadi kat keliling aku, so aku boleh la rujuk blog aku nih....pandai x aku..



P/S:TIP CINTA : Take your time untuk rapat dengan seseorang, ambil masa lama berkenalan dan untuk declare couple, BARULAH SELAMAT. Jika dia benar-benar serius mahu bercinta, dan mahu ada masa depan bersama anda, dia akan SANGGUP TUNGGU. Namun jika dia tak boleh tunggu, asyik NAK CEPAT JE... nak main je la tu "LOVE TAKES TIME!!!ITU YG SINDARELLA WAT SKUNK=)

Wednesday 9 March 2011

aku x percaya CINTA??

percaya atau tidak pada cinta???

hey hey hey ...aku x percaya cinta...aku x percaya cinta..aku x percaya C.I.N.T.A hehehe tu la lirik lagu LIYANA JASMAY cam lagu yg ade kat blog aku ni hehehe ok..lets start topik ari ni...

kowg sendiri macam mane percaya atau tidak pada cinta???
percaya atau tidak CINTA tu ada pada setiap insan.. cinta kepada tuhan, cinta kepada alam, cinta kepada pasangan.. tp cinta terhadap sesama manusia nie kadang kala memang menyakitkan,dan sangat menyakitkan..sebab tu lah kadang2 ade yg jadi gile kerana cinta,sampaikan ade yg sanggup bunuh diri!fuhh..dasyaaaattttt!!! kepada sesiapa yang bercinta dan have a great love story tue mmg la best.. tp kepada mereka yang asyik kecewa x abis2 nie macam mana cerita pulak??? hurm...???? sapa nak jawab??? biar aku jawab... ye.. sbb da bnyk kali gak aku kecewa.. but still can count by my fingers.. tak perlu tambah jari kaki.. hehehe.. ada la beberapa kali kecewa.. until now aku prefer jadi SOLO sehingga menemui jejaka pilihan hati yang akan menerima aku seadanya.when??haaa itu kite tataw...hehe okeh.. back to the post title... kenapa boleh kecewa dalam perhubungan??

ini aku sharekan dgn kowg...6 HUBUNGAN YANG MEMBAWA KEGAGALAN...ok lets check it out...

1)Hubungan yang dimulakan dari bertepuk sebelah tangan!
kenapa x boleh??? sbb orang yang kamu suka tue akan mengambil kesempatan terhadap kamu.. hubungan nie jugak adalah semata-mata atas dasar simpati.. x elok kan. sbb sebelah pihak lagi tidak ikhlas dlm perhubungan tersebut...wooo malu beb..owg tanak kite lak terhegeh2 kan..hehe

dalam hidup aku lak.. cinta bertepuk disebelah tangan nie x pernah terjadi... aku mmg pernah banyak kali suka orang dalam diam2.. tp aku x pernah luahkan hehe bagi aku mana boleh 'perigi cari timba'..malu la..kang kena reject, tambah2 la malu gua hahaha tapi penah la sekali.. aku suka mamat nie.. aku x bgtaw pon.. tapi ada jew mulut yang kurang asam p bgtaw kat dia.. at last mamat tue renggang ngan aku.. aku pon tataw kenapa.. aku suka ja kat ko kot.. klu ko x suka aku sudah lah.. budget HOT lah tue.. weeekkkksss....!!!

2) Hubungan dimulakan kerana sebuah fantasi!

saper x suka berangan sila angkat ketiak???hahaha semua owg pown suka berangan kan??? x kira lelaki mahupun perempuan.. cuma aku rasa pompuan kuat sikit kot berangan.. cam aku la hahaha siang malam berangan... sebelum nak tido mesti3 nak berangan dulu.. dan semua pon akan mengimpikan hubungan yang indah cm dalam cerita novel.. fantasi yang dikatakan disini adalah apabila anda terpengaruh dengan situasi.. contohnya anda pergi bercuti kerana nak lari dr stress kerja atau belajar ka.. whatever la.. then dalam percutian anda tue anda kenal seorang lelaki, anda berkenalan dan kemudian jatuh cinta dalam masa yang singkat.. anda jatuh cinta kepadanya hanyalah kerana situasi santai ketika bercuti dan kerana anda perlukan teman dikala itu.. akan tetapi apabila anda kembali kepada rutin biasa anda hubungan ini akan sikit demi sedikit lenyap.. so.. jangan la mengharap sangat cinta macam nie boleh berkekalan.. aku x kata lah impossible.. tapi sedikit payah la.. nak2 pulak anda akan menjalani percintaan jarak jauh.. tue lagi la susah...sebab aku sendri dah mengalami percintaan jarak jauh..mule mmg semuanya ok,tp at last???hampeh ....cinta jarak jauh ni mmg byk sgt dugaan..x ramai yg kekal..


3)Hubungan yang bermula atas dasar memberontak terhadap orang tua!

erk??? nie budak2 kecik punya cerita selalu la macam nie.. x matured langsung.. ngan parent pon nak memberontak.. ntah apa2 ntah.. kita kat dunia nie pun sbb mereka tahu tak??? heeee... knp lah cam tue... so klu cinta cam tu of cos la x berkekalan.. sbb x dapat restu ibu bapa .btoi x?.. and dah terang2 la bukan sbb saling suka.. hanya sbb nak show off kat org tua and parent yang AKU NIE MEMBERONTAK.. TAW TAK PEOPLE?? janganlah cm nie yer kawan2.. tak baik taw..dosa ok!aku sendri pernah ke cm nie??? x pernah ok..!! never ever!!..mak aku pon jarang taw aku bercinta...huhu

4) Hubungan yang dimulakan dalam keadaan emosi yang masih terluka akibat patah hati!

ada sesetengah orang yang akan cepat2 mencari pengganti sebaik sahaja putus cinta dan patah hati.. mereka ada sbb yang tersendiri.. salah satunya sbb nak balas dendam atau mungkin x biasa hidup solo.. nie mmg slalu sgt la berlaku.. sebolehnya janganlah memaksa diri anda untuk membina hubungan dikala anda sedang patah hati ataupun anda mahu membina hubungan dengan orang yang baru sahaja patah hati.. kalau da cuak sangat tue, apa kata tunggu dulu bila keadaan da cool down.. sbb bila patah hati keputusan yang anda buat dipengaruhi oleh emosi anda..

hal nie selalu berlaku dan selalu didengar oleh aku.. kawan2 aku bnyk yang macam nie.. tak terkecuali aku.. aku pernah gak ,bru je clash 2 3 ari,dah sebok carik bf baru..men sambar je,da x pikir masak2..last2 x kemana gak relationship tu hahah pdn la muke sdri..mostly kesnye,nk balas dendam kt ex-bf..die leh ade "gf"baru,so do i..aku pon bole la...haaa....gitu...

5) Hubungan yang timbul dari rasa kekaguman berlebihan!

ok.. of cos anda nak sgt couple ngan orang yg anda kagum.. contohnya kagum dengan kecantikannya, kehensemannya, kepandaiannya dan ke ke ke yang macam2 lagi lah.. tak dilupakan dengan kekayaanya.. pompuan selalu suka sgt lelaki kaya..hahaha.(bukan aku ok!). bagi anda kalau la dapat couple ngan dia mesti best sgt bcoz u got the perfect one.. best ke??? confirm ke bahagia??? ok.. kamu mungkin nampak dia perfect... tp tue luarannya sahaja.. dalamanya who knows??? kan..kan?? hubungan yang macam nie mungkin akan tidak kekal lama apabila kita tahu perangai sebenar org tue.. makin lama hilang rasa kagum kita kat dia.. kita pon mula kecewa dan menyesal.. so hubungan yang korang impikan tue berkecai begitu shaja.. mungkin sebelum couple korg berangan nnti "i nak kawin atas kapal la".."i nak kawen kat hotel 5 stars la" .. at last kamu keluarkan perkataan 'TAK KAWEN NGAN KO PON X RUGILAH.. MENYESAL MINAT KO DULU'.. huhuh...kan..kan..kan..

dlam hidup aku mmg x pernah mengagumi lelaki..just minat je..hehehhe

6) Hubungan yang bermula dengan cinta tiga segi!

haaaa...ramai yang cm nie.. siap ada lagu cinta tiga segi lagi kan..(aku suka lagu tu)..huhu hurm... mengharapkan hubungan selepas meranapkan hubungan org lain.. boleh kew?? bahaya nie kawan2.. dont try this if u x btol2 berani menghadapi kekecewaan...DONT TRY THIS AT HOME haha

membina perhubungan cm nie slalunya x kekal..berhentilah bermain api dan carilah pasangan yang betul2 masih single dan available..!!!kerana kita hidup berasaskan HUKUM KARMA.bak kata omputih..WHAT U GIVE U'LL GET BACK!!so sendri mau ingt..kalau ari ni kite wat owg ,x mustahil satu ari nnti kite akan mengalami menda yg sama dan mungkin lagi teruk...kan..kan...(bercakap dari pengalaman)

so,readers..dapat skit info..selamat beramal=)

Tuesday 8 March 2011

mimpi dan kenyataan?

salam semua...



"Orang yang tidur akan bermimpi. Ada yang selalu bermimpi, dan ada pula yang kadang-kadang. Bagi sesetengah orang, mimpi membawa maksud tertentu. Lalu mereka bertanya kepada orang lain untuk mengetahui maksud mimpinya.."

ape pendapat kowg tentang mimpi??adakah ia  hanyalah  mainan  tido semata-mata??sering kali apabila kite tido pada waktu malam..kite sering berharap akan mengalami mimpi2 yg indah...haaa..terutama bg yg sedang dilamun cinta ... seronok kan dapat bermimpi indah bersama pasangan masing2..gf/bf kite..
aku pon dulu2 cam tu..sblm tido mesti bayangkan saat2 indah aku ngn si die..hehe tapi skrg tidak lagi...sbb aku dah single hahaha so x dapat la nk mimpi2 indah lagi...


pernah x kowg mendapat alamat atau petanda melalui mimpi???
aku selalu klu mlm tido mimpi yg bukan2 mesti esokkan harinye mesti ade saja perkara yg x di ingini berlaku...aku pikir itu hanya mainan tido..tp setelah aku pikir2 blik...selalunye ia betul2 terjadi..kadang2 sampai aku takut nak tido..aku takut akan mimpi bukan2 lagi...sampaikan pernah satu hari,aku menangis mase tido hahahha aku x ingt aku mimpi ape bile aku bangun pagi,mama aku sound.."ADIK REYAU PASAIPA SEMLM??MIMPI PELIK2 LA TU..TU LA TIDOQ X MAU BASUH KAKI"..aku pun dgn muke x bersalah hanya mampu tersenyum kambing..=).klakar lak rase hahahah giler...
tapi yang best,mase aku kapel dulu..ex-bf aku selalu kantoi dgn aku..sbb ape taw???sbb mlm tu aku akan bermimpi tentang kecurangan dia...hahahah esoknye mesti kantoi..pdn muke die..smpai kdg2 die pelik cm ne aku leh taw..aku sendri pon pelik..tp aku bersyukur tuhan berikan aku kelebihan untuk itu...alhamdulillah....Dengan itu xde la,aku jadi bodoh tertipu lagi...maka x jadilah ELLA TERTIPU hehe maybe nmpk mcm mengarut,tapi itulah kenyataannya!


kepercayaan owg melayu ,..setiap mimpi ade tafsirannye...tapi selalu kite cakap,eh bole caye ke??mengarut lah...tah pape..mainan tido je kot....hmmm..anda bagaimana???percayakah???
ni aku bg contoh tafsiran mimpi untuk kowg...

*Jika anda bermimpi menemui atau ditemui oleh kekasih (adinda) anda
menandakan Anda akan dikaruniai pekerjan mulia dan tinggi.

*Ular
Jika anda seorang jejakan atau seorang gadis bermimpi melihat atau
dipagut (digigit) ular, bermakna akan segera mendapatkan pasangan
atau jodoh. Dan bila anda telah menikah bermimpi demikian, bermakna
akan memperoleh kemakmuran hidup. Mimpi melihat ular kecil dengan
tiba-tiba berubah menjadi naga, bermakna akan ada orang besar yang
menolong anda. Melihat ular berwarna-warni, bersirat kebahagiaan
segera terbayang pada anda. Mimpi melihat ular yang banyak sekali,
bermakna akan panjang umur. Mimpi dikelilingi banyak ular, bermakna
firasat akan banyak orang yang memusuhi anda.

*"Menangis":
Bermimpi melihat orang menangis. Artinya, Anda akan mendapatkan temanyang dapat suka dan duka.
Bermimpi membujuk orang yang sedang menangis namun tidak berhasil. Artinya, keuntungan yang sudah ada di tangan tidak berhasil diraih atau lepas begitu saja.
Bermimpi menangis. Artinya, Anda akan mengalami kesedihan hati karena suatu masalah.

haaa..amcam??nampak mcm mengarut kan,tapi kdg2 itulah yg terjadi kepada kite..maybe kite sedar atau x sedar  tu je...so,ape2 pon terpulang pada kowg la nak menilai..ikot pandangan masing2 ye...semoga malam2 anda akan dihiasi  dengan mimpi2 yang indah..amin...:)mimpi mlm2 je taw,jgn la BERMIMPI DI SIANG hari lak..xde pekdah nye hahah renung2kan..selamat beramal~

p/s:malam nie cik SINDARELLA mau bermimpikan putera raja..wuhuuuu...bestnye.....hehehe sweet dream princess:)