BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 2 April 2011

Pantang wanita kalau lelaki sebegini...!!!

Seperti yg semua owg taw,Lelaki memang berbeza dari wanita. Setiap ciri adalah berbeza samada dari segi percakapan, gaya, gerak geri, penulisan dan sebagainya. Dan sebab itulah terdapatnya beberapa sikap yang pantang bagi wanita sekiranya lelaki berbuat begini kepada dirinya...ok..lets check it out!!

Suka menyampuk
Apabila mendengar sesuatu cerita, menjadi cepat bosan, hilang sabar dan suka menyampuk. Cerita tidak didengar dengan tekun..
pantang btul la cik sinda bile bercakap owg menyampuk,mmg nk kena sepukkk la tu kan kan..cam xde adap je..cube klu die yg bercakap owg len menyampuk..sukakah????

Memerintah
Apabila memerlukan sesuatu, dia seakan-akan memberi perintah dan bukan suatu permintaan. Misalnya, ‘buka pintu’, ‘buat kopi’,'angkat kasut’ dan tidak bermula dengan pertanyaan yang lebih elok seperti ‘boleh tolong buatkan kopi…’ dan ‘tolong buka pintu tu…’..
haaa owg cm ni,kurang adapnye...nk suh owg wat sesuatu,cube la mintak elok2kan..owg yg nak tolong pon rase senang ati nk tolong...ape de hal..

Bergurau kasar
Gurauan yang kasar tidak sesuai dengan keperibadian wanita yang lembut sekali gus memperkecilkan wanita apatah lagi jika menggunakan humour yang berbaur sexist. Apabila wanita menunjukkan rasa jengkel, lelaki marah pula dan berkata ‘gurau pun tak boleh.’
nak bergurau biarla kena gaya dan tempatnye...klu lebih2 bukan gurau namenye..bg pompuan yg ok xpe,cm ne klu pompuan yg sensitif???mau nye nanges kat situ gak..kesian kan..so.for guys,before nk bergurau pkir2 la eh..beware haha

Cepat naik berang
Sifat lelaki yang cepat berang, suka mengutuk, mengkritik dan meninggikan suara membuat wanita berjauh hati. Lebih baik berkongsi pendapat dengan kaum wanita yang lebih memahami...
haaa..spesis ni cik sinda kurang gemar...nak memarah ke kejenye..kang mude2 da dapat darah tinggi...x suke taw..ape ingt die je leh marah...cik sinda pon bole eh???gerrrr..i garang taw haha

Cakap besar
Sikap lelaki yang suka ’syok sendiri’ membosankan. Bermegah-megah dengan pencapaian dan kebaikan diri seakan-akan dirinya sahaja yang paling baik...
haaa..jenis ni POYO je lebih..padahal kadang2 x sebarapa pon beliau tu...ckap je lebih!!!blah la wei...wekkkk:P


Suka mengawal
Jika wanita datang dengan sesuatu masalah misalnya berselisih pendapat dengan teman, keluhan tidak didengar secara empati tetapi dengan cepat diberitahu apa yang sepatutnya dilakukan dan bagaimana sesuatu patut dikatakan. Memberi huraian yang tidak dipinta....
adoi...nak kawal ok..tapi biarlah berpada2 ye...

Ego sebesar gajah
Sukar meminta maaf walaupun sedar akan kesilapan, sukar mengakui kesilapan dan tidak mahu meminta pertolongan. Tidak mahu merendahkan diri...
HAA spesis ni paling cik sinda menyampah taw...da salah tanak mengaku...pastu mula nk salahkan owg lain utuk menutup kesalahan mereka..x guna la encik nk ego sebesar gajah..xde pekdahnye..xdenye jatuh maruah anda sbg lelaki andai mengaku kesilapan sendri kan kan....

Tidak suka meluah emosi
Walaupun ada sesuatu yang mengganggu fikiran, lelaki lebih suka diam membatu lalu membuat wanita tertanya-tanya dan rasa terasing dan terabai..
yang ini ,cik sinda sendri da alami..mmg saket..adoiii....semua menjadi tanda tanya???persoalan demi persoalan muncul..bile tny tanak cakap..ape susah benor nk terus terang..atlist kurang skit bebanan kat kepala hotakkkk tu kan....diam2 xde gunanye..hny menambahkan lg masalah je...menci taw...terseksa jiwa makkkk~

Buat wanita rasa bersalah
Jika wanita menimbulkan sesuatu perkara yang menimbulkan perasaan kurang senang, lelaki menganggap wanita itulah yang bertanggungjawab membangkitkan perasaan negatif pada dirinya dan bukan terhadap perkara yang disebutkan itu...
the best way is berterus terang..just let the girl know...kan lgi bagus..xde la si gadis rase serba salah...

Lokek beri pujian
Lelaki suka dipuji tetapi berat memberi pujian sama ada jika masakan sedap atau pakaian isteri yang cantik. Mereka seolah-olah tidak perasan sebarang perubahan. Buat penat masak sehari suntuk dan berdandan untuknya...
mase mule2 bercinta semuanye indah,dah lame2 ape pon tarakkk hahaha skali skala puji ape slahnye wahai encik lelaki...bukan susah pon...atlist sedap skit hati si isteri/gf anda..kan ke lagi mengeratkan perhubungan...

Pengotor
Tiada wanita yang tahan dengan lelaki bersifat pengotor sama ada dalam soal kebersihan diri atau yang suka mengotorkan ruang sekitaran...
eee..spesis ni cik sinda paling x suke..selekeh..euwwww....kdg2 pakai da smart skali wat prangai buruk..meludah sini sana,korek idung or gigi di khalayak ramai..yucksss.....kentut bersepah2...hello men..plzzz la jaga kelakuan anda kerana anda di perhatikan...kelakuan anda melambangkan keperibadian anda ok!!

Lupa hari-hari istimewa
Wanita yang bersifat nostalgik dan romantis memang senang diberi hadiah yang bermakna pada hari-hari istimewa. Lelaki yang ‘buat dek’ terhadap keinginan begini bersiap sedialah apabila cik adik merajuk...
mostly lelaki akan melupakan..tp klu ade yg ingt untung lah...

Tidak tunjuk rasa kasih
Wanita ingin dibelai dan dimanjakan dan tentunya akan berasa tidak disayangi apabila lelaki bersifat seperti robot, tiada luahan kasih sayang dalam bentuk senyuman, gurauan, berkongsi masalah dan dakapan...
bile lelaki bersikap seperti ini,maka si gadis akan merasa diri mereka tidak di sayangi...sekali skala tunjukkanlah kasih sayang anda kepada pasangan..tapi jgn la over sgt,sampai depan2 owg ramai nk bermanje2 katanyeee,..owg tengok pon meluattttt..huhu berpada2 la ye...


Sekiranya anda lelaki, peliharalah diri anda. Anda suka kepada si Dia, oleh itu, anda kenalah menunjukkan yang diri anda itu layak untuk dirinya. Semoga berjaya!!!

p/s:cik SINDA sendri pernah mengenali kaum adam yg seperti2 di atas...all are REJECTED!!huhu