BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday 24 May 2011

kenapa masih dan masih SINGLE????

KENAPA STILL SINGLE???




1."Duit dah tak ada". Padahal duit disimpan
untuk membeli pakaian yang berjenama.

2. "Nak beli kereta mewah dulu baru nak
kahwin". Padahal kerja bertahun dan penat
lelah tetapi masih tak cukup nak beli kereta
mewah.

3. "Susah la nak cari yang berkenan dihati".
Padahal memilih sangat,tak mau yang
gemuk, kurus sangat pun tak suka.

4."Tak datang seru lagi kot". Padahal awek
atau pakwe keliling pinggang.

5."Banyak sangat halangan". Padahal diri
belum bersedia.

6."Belum bersedia la". Padahal cukup segala
syarat2 nya.

7. "Ilmu tak cukup la". Padahal dah ada
master atau PHD.

8."Kahwin nanti tentu susah nak kena
tanggung keluarga lagi, Kalau dapat isteri
yang 2 x 5 je.Kena bimbing pulak lepas tu nak
kena tanggung semua dosa isteri, dosa
sendiri tak tertanggung nie pulak nak
tanggung dosa isteri".Padahal tak pernah
usaha untuk tingkatkkan diri sendiri dan
mencari ilmu secukupnya dan tak pernah
mencuba pun.Padahal Allah dah berfirman
yang bermaksud Lelaki yang baik untuk
perempuan yang baik dan begitulah
sebaliknya.

9."Dah mencubalah tapi telah dikecewakan".
Padahal tak reti pun nak bercinta.

10."Banyak perkara nak kena fikirkan terlebih
dahulu la".Padahal tak buat kerja apa pun.

11."Busy la, banyak keje nie". Padahal
pentingkan kerja daripada menunaikan
sunnah nabi.

12."Jodoh tak sampai lagi kot".Padahal jodoh
dah ditentukan Allah cuma perlulah
berusaha.

13."Perempuan nie peliklah kalau dia suka
kat kita tapi tak habih2 nak merajuk dan
marah macam kita nie suka sangat" .
Padahal memang dah lumrah alam sebab
marah tandanya sayang.

14."Ye lah memang la marah tu tanda sayang
tapi saya tak suka la, lepas tu dia heret kita
kehulu kehilir".Padahal suka bagi muka
kepada orang tu dan tak terangkan dengan
jelas apa yang kita suka dan tidak suka.

15. "Dah bagitau dah, nie kita suka dan nie
kita tak suka, tapi masih dia buat juga yang
kita tak suka".Padahal tak pernah ambil tau
tentang apa yang disukai oleh org yang kita
sukai. Sedangkan kita selalu buat perkara
yang org lain tak suka.

16."Saya takut la nak bercinta nanti terluka
susah la".Padahal banyak baca buku2 novel
yg berunsurkan sedemikian.

17."Lelaki nie suka pasang ramai org
sangat". Padahal ramai artis2 lelaki yang
dipujanya dan bila jumpa lelaki kacak mula
nak terhegeh-hegeh.

18. "Lelaki memang banyak helahlah kejap
suka kejap tidak". Padahal pentingkan diri-
sendiri.

19. "Nak carik yang soleh/solehah lah".
Padahal diri tak pernah solat dan quran tak
pernah nak baca. Kuliah agama selalu uzur
je.

20. "Suka yang pakai tudung labuh je".
Padahal masih pakai seluar pendek,mandi
masih ikut style koboi.

21. "Nak dapat yang berkekalan sehingga
ke akhir hayat". Padahal suka cemburu, suka
boros, suka pada yang cantik saja, suka pada
yang kaya saja.

22. "Masalah la". Padahal dah tahu WORLD
IS STAGE OF PROBLEM.

23. "Nak sambung belajarlah awek saya tu
ader master atau phd malu la".Padahal
belajar2 tak pernah nak lulus. Asyik
mengabaikan pelajaran sebab dating selalu.
Tak yah uji akal, tgk muka dah tau..Bodoh!

24. "Saya suka sangat kat dia, tapi dia tak
suka kat saya". Padahal bunga bukan seekor,
kumbang bukan sekuntum.

25. "Tak mahu la bercinta, ddk seorang lagi
seronok,tak lah dikongkong, tak akan terluka,
jimat duit sikit".Padahal mengeluh bila
kesunyian, dan mula nak feeling gila-gila.
Cemburu tengok org. kahwin. Pantang tengok
perempuan atau lelaki cantik.

26. "Payah la nak jaga hati masing-masing".
Padahal makan hati banyak sangat,sensitive
sangat, lepas tu banyak makan sarang
tebuan, lepas tu suka sangat main hujan,
main api, main mata, main2.dan sebagainya.

27. "Ramai sangat la yang suka mana satu
nak pilih nie susah lah". Padahal tau boleh
kahwin sampai 4 ikut sunnah...

Monday 23 May 2011

Sila baca anda pasti kembali tersenyum=)

•Di waktu kamu ingin melepaskan seseorang, ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya
•Di waktu kamu mulai tidak mencintainya, ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya
•Di waktu kamu mulai bosan dengannya, ingatlah selalu saat terindah bersamanya
•Di waktu kamu ingin menduakannya, ingatlah bahawa dia selalu setia kepadamu
•Di waktu kamu ingin membohonginya, ingatlah dia telah jujur kepadamu
•Maka kamu akan merasakan bermakna dia untukmu
•Jangan sampai nanti dia sudah tidak lagi di sisimu, kamu baru menyedari semua erti dirinya untukmu
•Yang indah hanya sementara
•Yang abadi adalah kenangan
•Yang ikhlas hanya dari hati
•Yang tulus hanya dari sanubari
•Tidak mudah mencari yang telah hilang
•Tidak mudah mengejar impian
•Namun yang lebih susah adalah mempertahankan yang ada
•Karena walaupun digenggam terlepas juga
•Ingatlah kata pepatah: "Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"
•Belajar menerima apa adanya dan berfikiran positif
•Hidup bagaikan mimpi, seindah apapun, begitu bangun semuanya akan sirna tak berbekas
•Rumah mewah, harta benda, kedudukan, jawatan, namun ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak dapat dibawa, sehelai benang pun tak mampu dimiliki
•Apalagi yang mahu diperebutkan
•Apalagi yang mahu disombongkan
•Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani
•Jangan terlalu berhitung
•Jangan hanya mahu menang sendiri
•Jangan suka menyakiti sesama, apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita
•Belajarlah tiada hari tanpa kasih
•Selalu berlapang dada dan mengalah
•Hidup sentiasa ceria dan bebas
•Tak ada yang tak dapat di ikhlaskan
•Tak ada sakit hati yang tak mampu dimaafkan
•Tak ada dendam yang tak mampu dihapuskan



Tuesday 3 May 2011

jatuh cinta???

... Cinta kadang tidak bersama jodoh, namun selalunya jodoh pasti ketemu cinta ...


Jatuh cinta pada seseorang kadang membuatkan kita rasa satu semangat yang kuat di dalam diri.. Jatuh cinta jua memberikan kita satu kekuatan untuk terus melangkah dan demi langkah kita mampu menghidupkan suasana kehidupan kita.. Jatuh cinta hanya mengambil masa yang sekejap saja.. Kadang sekelip mata, kita sedari kita telah jantuh cinta.. Namun masih kita belum ketahui adakah cinta yang hadir itu sebenarnya cinta atau cuma mainan perasaan yang selalu kita terpedaya..

Untuk jatuh cinta pada seseorang, kadang tidak memerlukan sebab yang logik.. Kadang rasa itu hadir kerana mungkin hati kita terpaut dengan kecantikan wajahnya.. Memmbuatkan lena tidak kunjung tiba.. Merimaskan diri merindui di kala malam.. Melemaskan perasaan bila cemburu menguasai diri.. Itulah cinta.. Berat perasaannya...

Selalu kita jatuh cinta tapi kadang hanya kita sahaja yang merasakan.. Jatuh cinta pada orang yang tidak mempunyai perasaan cinta pada kita adalah perkara biasa.. Hanya di sebelah pihak saja yang merasakan cinta.. Sungguh perit dan pedih bila cinta hanya bertepuk sebelah tangan.. Tapi adakah itu sebenarnya perasaan cinta? Atau mungkin sayang atau suka.. Atau juga minat? Paling di takuti adakah itu hanya nafsu yang membisikkan rasa?

Dan ada kalanya.. Cinta yang hadir hanya tidak sebelah pihak.. Jatuh cinta dan cinta berbalas.. Terasa dunia kita yang punya.. Terasa malam kian larut tanpa rasa sedar.. Berbunga mekar menghiasi alammu..

Dan amat pedih dan perit, terasa ngilunya hati ini bila sesama ada perasaan cinta.. Tapi cinta itu terhalang dan terpaksa diputuskan atau dilupakan.. Ini mungkin kerana pelbagal halangan.. Adakah mungkin kerana berlainan agama atau bangsa? Adakah kerana perbezaan umur atau pangkat.. Dan adakah mungkin masing masing jatuh cinta tapi cinta terlarang di antara suami orang dan isteri orang?

Hati kadang terasa semakin jauh dalam mengenal erti ketenangan.. Hati kadang merasa meronta untuk merasakan begitu indahnya berteman.. Dan hati selalu saja jauh untuk dipahami.. Kerana hati ini selalu saja sunyi dan sepi yang panjang berteman suram luka yang dalam..

Hakikat kita kadang merasakan tiada siapa yang memahami akan satu rasa di dalam jiwa.. Dan sering kita merasakan tiada siapa yang peduli akan kita.. Semakin lama semakin jauh kita rasakan dengan dunia kita ini.. Sering saja kita leka dalam asyik yang panjang melihat mana letaknya dulu satu ketenangan pernah di miliki..

Masing masing menpunyai tafsiran mengenai jatuh cinta.. Dan pengalaman kita tidak sama.. Kadang ada lagi menyesakkan dada bila memikirkan.. Kadang terasa jauh untuk diharapkan.. Namun cerita kita sama.. Menginginkan cinta berbalas dan mahukan kekal selamanya..

Namun kadang kita lupa.. Tujuan kita ada di dunia ini bukanlah mencari cinta sesama insan.. Tujuan dan matlamat kita bukanlah cinta yang di cari.. Siapalah kita untuk menidakkan takdirNya bila cinta tidak lagi bermaya? Siapalah kita untuk terus melawan hakikat ketentuanNya pabila jodoh itu bukan lagi realiti?

Janganlah kamu tangisi perpisahan dan kegagalan bercinta, kerana pada hakikatnya jodoh itu bukan ditangan manusia.. Atas kasih sayang Tuhan kamu dan dia bertemu, dan atas limpahan kasihNya jua kamu dan dia dipisahkan bersama hikmah yang tersembunyi.. Pernahkan kamu berfikir kebesaranNya itu?