BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday 17 June 2011

opsss..TERLEBIH SUDAH!!!

Biar secukup rasa orang kata, itulah yang paling penting di dalam bercinta, mencari cinta, mengenali cinta, berkorban untuk cinta, cuba mendapat balasan cinta, …JANGAN OVER, JANGAN MELAMPAU

…Kalau dalam mana-mana pertandingan atau usaha untuk memenangi hati seseorang biar nampak EFFORTLESS, meaning usaha kita tu nampak seperti biasa-biasa saja tetapi sangat meaningful. Seperti seorang pakar chef, sewaktu memasak tidak gopoh dan gelojoh, sebaliknya tenang dan cool je.

Kalau bangsa over ni beb, ianya seolah-olah memberi tekanan dan terlalu bersungguh-sungguh sehingga membuat orang rasa menyampah sort of annoying. Orang putih kata, “You’re trying TOO HARD!”

Kita tak nak tu… kita nak biar dia nampak dan hargai usaha kita tetapi, dia tidak rasa kita OVER or trying too hard. How to do that??... Di sini ada 8 cara untuk tidak nampak over, walaupun kita sebenarnya berusaha memenangi hatinya ;) :-
1. Freedom : Maknanya kita banyak memberi ruang kepada dia untuk melakukan apa saja yang dia suka. Mungkin kita akan rasa takut nanti dapat kat orang lain. Tetapi percayalah, lagi kita sekat dia, lagi mudah untuk dia pergi kepada orang lain.
2. Relax & cool : Maknanya apa saja keputusan yang dia buat kita kena tenang dan memberi sokongan padu. Mungkin kita tidak suka, tetapi let dia tahu yang kita tidak setuju tetapi kita menyokong apa saja yang difikirkan betul oleh dia.
3. Positively correct : maknanya walau kita tidak bersetuju cara pemikirannya, tetapi kita selalu fikir positif. Mungkin apa yang dilakukan nya itu akan membawa kejayaan dikemudian hari siapa tahu? Kan…so from here, dia akan merasa anda not trying too hard!
4. Freedom of speech : Maknanya kita kena lebih banyak mendengar dan memberi peluang kepada dia untuk memberi pendapat setiap kali kita berbual dengannya. Bukan kita asyik nak cakap kat dia apa yang betul, apa yang salah… instead kita banyak berbincang dan biar dia fikir sendiri. Until dia yang meminta pendapat kita.
5. Free yourself : Maknanya kita jangan stuck dengan dia je dalam minda kita ni. Kita kena banyak fikirkan perkara-perkara lain yang banyak lagi penting-penting boleh kita fikirkan. That way, dia akan melihat kita effortless dalam percubaan memiliki dia, dia akan fikir, “Dia ni punya hidup yang interesting dan minat kat aku tapi…dalam masa yang sama seperti tak nak kat aku je, eee geram!” hehehe…
6. Free from contacts : Call sekali tak angkat jangan call lagi! Dia dah tahu you call, kalau dia suka dia akan sms atau call balik. Kalau dia TAK reply back maknanya dia tak suka. Esok call sekali lagi. But make yourself free daripada in contact supaya jiwa you relax tak tension je menanti dia call.
7. Free from one person : Meaning you kena ada ramai KAWAN. Tak boleh yang tu lah you minat, yang itu lah juga kawan you. Must have many-many opposite sex friends supaya, secara tidak langsung minda you akan lebih open dan diri you akan lebih berpengalaman serta banyak informasi dari setiap kawan-kawan anda. Ramai gagal dalam cinta kerana hanya kenal 1 kawan who is kekasih dia jugak!
8. Nota Cinta : Yes, this is my favourite! That’s why I ada notacinta.com hehe. Okay here where the secret is… “LESS IS MORE!” meaning bila ada masa terluang… BUKAN SETIAP MASA, tetapi find the special time untuk berikan sedikit nota cinta kepada dia. Tulis short and sweet words kata-kata cinta! Pendek-pendek je, supaya dia merasa DAHAGA kan for MORE!
So macamana? Boleh buat? Sure boleh punya… all you need to do is free yourself dan make that change in your life, InsyaAllah anda akan kelihatan lebih menarik, diminati dan disukai ramai!

Don’t let anyone stop you from what you want to do… fikirkan kebahagiaan masa depan anda, fikirkan keluarga anda yang mahu anda happy dan fikirkan hidup anda yang selama ini hanya dipenuhi dengan kesedihan. Masa untuk anda bertindak dan claim your happiness!!

I believe in love, so can you!


Buka mata & lihat "THE REAL PICTURE"!!

Persoalan berat kaum wanita dan gadis2 sedari dulu hingga sekarang...akan kita ungkapkan hari ini. Walau bukan semua wanita sebegini tetapi ramai juga yang melakukannya… jadi cik SINDA ingin cuba menyedarkan dan membuka mata mereka agar mereka terselamat dari terbelenggu lagi. I mulakan dengan soalan …

"Mengapa wanita TETAP cinta dan terus cinta kepada KEKASIH nya yang telah berkali-kali berlaku curang? Mengapa wanita juga sanggup JATUH CINTA walau dia tahu lelaki itu playboy dan ramai awek?"

Jawapannya adalah Kerana :-

Wanita ingat mereka boleh selamatkan lelaki itu
Wanita juga ingat ex girlfriend lelaki itu tak pandai, jadi dialah lagi pandai
Wanita juga selalu ingat yang ada misteri di dalam lelaki jenis ini
Wanita juga beranggapan lelaki golongan bad boy ini ada GOOD side dalam diri mereka, jadi mereka ingin keluarkan the good side of them.
Yang paling ramai, Wanita ingat mereka boleh ubahkan lelaki ini jadi baik

Kesiannn wanita… sedarkah anda atau tidak sedar? Janganlah kerana cinta, anda membutakan mata anda itu beb. REALITI CHECK untuk golongan wanita yang berfikiran begini :-

Lebih baik selamatkan diri anda dari nak selamatkan lelaki yang tidak mahu diselamatkan itu.
Sedarlah yang lelaki suka dengan apa yang dia buat. Berlakon je tak suka dan menyesal
Jangan ingat ex girlfriend dia atau wanita lain tidak bijak melayan, sebenarnya mereka telah habis usaha, sehingga sudah putus asa kerana pasangannya tetap mengecewakan mereka.
Tiada misteri dalam diri lelaki-lelaki sebegini, mereka memang begitu, tidak bertimbang rasa dan sanggup mencurangi anda.
Lupakan lah saja niat anda itu…the good side takkan muncul. Anda ingat anda lah yang boleh jadikan dia baik? Dream on!
Tiada lelaki yang suka dirinya diubah oleh wanita. Jika mereka nak berubah, mereka akan berubah tanpa diajar or disuruh oleh wanita. Sia-sia saja jika anda fikir anda boleh mengubahnya!

Sedarlah, Buka mata dan lihat "THE REAL PICTURE!" kalau sekali curang mungkin boleh lagi nak maafkan (Not Me). - Tapi kalau dah 3-4 kali curang, bertembung depan mata, dah maafkan pun tapi buat lagi. You tunggu dia lagi buat apa? Dia tidak akan berubah punya beb… tak payah nak jadi penyelamat la, dia orang tak mahu diselamatkan, dia orang suka buat apa yang dibuat tu. Sedarlah wahai wanita-wanita semua…sedarlah!

Curang atau menipu dan dapat awek lain semasa dia sudah ada awek adalah seperti DADAH! Dia tahu ianya memudaratkan tetapi dia lagi nak buat, kerana SEDAP BEB! Mengkhayalkan! Lelaki baik yang tak buat pun rasa nak buat, tapi masih boleh berfikir...tetapi lelaki yang buat ni, like I said, "It's like a drug" - Sekali dah rasa, dia akan ketagih untuk buat lagi dan lagi!

Anda tanya pula, "Kalau tak suka, dan nak ada girlfriend lain mengapa tak putuskan saja hubungan dengan anda?

Dadah beb...faham tak? Kalau hilang thrill menipu dan curang tu, hilanglah rasa khayal sedap dadah tu. Kalau dia putuskan, tak best lagi la... that's why wanita kena faham sifat kegilaan ini.

TAPI, yang you nak tunggu dia putuskan tu pasal apa? Belah sendiri je lah ;)
Jadi, tak perlulah anda nak mencuba nasib, menyelamat dia, mengubah dia dan berfikir anda lebih bijak dari orang lain, KERANA semua wanita sebelum anda JUGA, berfikiran seperti anda. At the end of the day... ANDA TETAP DIKECEWAKAN!

Mulakan hidup anda dengan cara yang betul-betul menyebelahi anda, jangan kita mulakan hidup dibelakang masalah yang bertimbun. SATU KESALAHAN sudah dikira berat... JANGAN TUNGGU LAGI jika sudah banyak kali kesalahan sama dilakukan. Pegang perinsip itu!

Buka mata dan lihat "THE REAL PICTURE" ...that's NOT LOVE to believe in!ok frens~