BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday 9 July 2011

bile "U TEKAN I".......

Bismillahhirahmanirahim…dan Assalamualaikum ..




Sometimes cik sinda wonder dengan jawapan apa yang cik sinda selalu jawab kepada setiap persoalan cinta. Dan apa yang cik sinda ingat, ayat yang hampir setiap hari cik sinda akan ucapkan atau jawab kepada soalan yang ditanya adalah, “Keep your options open!”

Ianya bermaksud, selagi kita tidak komited dalam sesuatu perhubungan, tidak salah untuk kita mempunyai beberapa pilihan, agar kita berpeluang untuk membuat pilihan yang bagus untuk masa depan kita.btoi x? That way, kita akan kurang merasa “U TEKAN I” hehe… sebab, “Bila I asyik rasa kena TEKAN kat U…maka saat itulah I akan pergi jauh-jauh dari U” hehe terasa macam familiar je kan kan???

Its just for obvious reason actually, apabila kita komited maka human nature… which perasaan cemburu, takut kehilangan, benci, mengongkong, dan sebagainya akan secara tidak langsung berubah menjadi TEKANAN. Dan kebanyakan perhubungan yang terputus ditengah jalan adalah disebabkan oleh “U TEKAN I”...

* Sehingga rutin harian yang sudah bertahun-tahun menjadi keselesaan hidup anda, sudah tidak selesa lagi all because of LOVE. Kerana sayangkan pasangan kita maka, kita pun berubah untuk dia. Dengan harapan, dia tidak memberi tekanan kepada kita lagi dan bertambah sayangnya kepada kita. Tetapi hakikatnya, tekanan lain pula yang berlaku, betul tak????

I’m sure ramai di antara anda yang membaca, pernah merasa atau lalui dengan apa yang dikatakan di sini kan…

Sesetengah contoh yang berlaku :-

* Dulu-dulu, anda mempunyai ramai kawan. Tetapi semenjak anda bersama dia… setiap masa melarang anda dari berkawan lagi. Semua apa kawan anda lakukan, semua salah. Lama-lama penuh dengan tekanan tidak membenarkan anda berkawan lagi dengan kawan-kawan biasa tu...

* Biasa kita berpakaian relax, cool, selamba, now selalu menekan kita untuk menukar cara berpakaian, nak kena sopan, kena clean cut, sebabnya dia yang setiap hari suruh tukar.

* Kalau dulu, pekerjaan anda tidak dipersoalkan. Tapi sekarang siang malam asyik bertanya bila nak tukar kerja. Adoi!!!tension makkk....

* Kalau dulu boleh pulak makan di gerai-gerai, tapi sekarang selalu memberi tekanan memaksa kita makan di restoran besar dan high class sebab nak jaga standard takut kawan-kawan high class ternampak.

* Biasa boleh selalu balik jumpa family, ibu, bapa dan adik-adik, sekarang ni bunyi aje nak balik rumah mak, macam-macam komplen!!

* Dulu boleh memberi pendapat, tetapi sekarang dikatakan melawan. Malah setiap hari apabila berbual, anda mesti dimarahinya kerana asyik nak memberi pendapat.

* Masa mula-mula cinta terjalin, di office anda. NOW, disuruh berhenti sebab ramai yang cuba memikat anda. Siang malam memberi tekanan suruh berhenti. Sampai satu masa katanya, “You tak berhenti, kita putus!” naahhhh… macam tu sekali tekanan yang diberinya. You pun berhentilah kerja kerana pasangan tersayang. Selang beberapa minggu, anda pulak “diberhentikan kerja dengannya, PUTUS” – ADOI dan ADOIII!!!

Banyak lagi lah tekanannya, Itu tak boleh, ini tak boleh…PRESSURED BABE!!siyus wa cakap lu.. Tertekan wooo…sekali sekala tak apa lah, ini kalau dah hari-hari dan setiap masa. Orang yang sabar pun boleh hilang pertimbangan kan.btoi x?

JADI, bagaimanakah tekanan ini boleh terjadi? Sedangkan awal-awal dulu…tak pernah pun pressure you kan, kalau awal-awal dah memberi tekanan, senang! Belah je…or terus tak layan. Tapi ini, setelah lama bercinta atau setelah bertunang dan maybe setelah mendirikan rumahtangga.

Selalunya, ianya terjadi apabila pasangan anda sudah mulai merasa yang anda sudah dimiliki! Sudah OWN YOU. Bagi dia anda adalah milik dia seorang. Tapi yang I takut, anda yang memberi tekanan kepada pasangan anda tu, amacam?? Hehehe…

Sebelah siapa pun yang memberi tekanan, solutions dia kat sini adalah “SALING PERCAYA DAN FAHAM MEMAHAMI” – Give and take la kan, closed one eye la jarang-jarang tu, jadi dengan cara begitu pasangan anda tidak akan tertekan dan merasa selesa apabila dia boleh jadi diri dia sendiri.

Kerana, apabila tertekan, masyaAllah… teruk perasaan dia. Dan akibat tekanan ini lah orang boleh jadi gila, sakit jiwa… kalau tak doktor tak penggil pula pesakit dia mengalami, “TEKANAN jiwa”
Dan akibat tekanan jiwa ini jugalah ramai pasangan yang putus, keluar dari perhubungan itu dan bawa diri. Kalau yang bertunang, putus tunang, dah kahwin, suami mulai cari luar… isteri yang tertekan mulai mendapat kawan muda-muda, adoi!

U TEKAN I, I TEKAN button turbo lari dari you! - Tekanan pastinya membunuh perhubungan. Jadi bersederhanalah. Islam pun mengajar kita agar bersederhana di dalam kehidupan kita. Jadi kalau boleh sederhana bukan hanya dalam kehidupan biasa anda tetapi juga di dalam perhubungan cinta, agar anda dan dia sentiasa dapat menikmati kebahagiaan dalam bercinta, InsyaAllah.

KALAH BERCINTA ITU OK LA!!!

Dalam kehidupan kita seharian, sebenarnya kita akan banyak menempuh kekalahan dari kemenangan. Betul tak?



Sometimes, kita cuba dan cuba lagi tetapi kekalahan dan kegagalan juga yang kita terima. Dalam kehidupan bercinta, lagi lah sama… lagi banyak KALAH BERCINTA dari menang. Malah berbagai cara kita cuba untuk bahagia dalam cinta, tetapi kekecewaan juga yang kita dapat. Kecurangan juga yang kita kena tempuhi. Pembohongan dan terpedaya juga yang selalu kita alami…


* I’m not saying it’s good…I’m just saying, IT’S OK to lose in love!

Kalah sekali dua, apa ada hal… no hal punya. cik sinda sendiri pernah kalah dalam cinta, tak terkira banyak kalinya hehe. Tetapi, ianya tidak menghalang cik sinda untuk terus percaya akan ada cinta untuk saya suatu hari nanti. Dan saya tidak pernah putus asa…Cuma, apabila kalah atau gagal… cuba jangan ulang mistake yang sama. Try to be better and make that changed!



Kadang-kadang tu kita kena tempuhi berbagai rintangan dan halangan untuk kita lebih tabah dan lebih memahami erti kehidupan dalam percintaan yang sebenar. Dan selepas bersusah payah sekian lama, akhirnya kita dapat mengecapi cinta yang sebenar-benarnya cinta, maka ketika itulah kita akan amat menghargainya.



So, that’s why it’s okay to lose,.. Itu satu kenikmatan dari Allah sebenarnya, especially kepada umatnya yang sabar dan redha dengan takdir … mengaku kalah dan berundur, apa salahnya?


* Jika benar dia bukan untuk kita, jika perpisahan itulah yang perlu kita tempuh… it’s okay, kita berundur dan mengaku kalah…redhakan lah dia pergi dan bahagia dengan pilihannya… Anggaplah saja dia memang bukan milik kita dari mula dulu lagi…


* Kalah Bercinta hari ini, bukan bermaksud selama-lamanya kita kalah kerana pasti suatu hari nanti kita akan mendapat kemenangan dalam cinta jua.


* Selalunya, jika kita sabar dan tidak menyalahkan kepada takdir atau keadaan, InsyaAllah kita akan dianugerahkan dengan seseorang yang tiada ternilai baik dan hebatnya. Namun untuk mencari kesabaran itu bukanlah mudah. Untuk bertahan amatlah susah, tetapi ia boleh dilakukan. What we need… is to BELIEVE!

Akhir kata, satu pesanan penting dari cik sinda untuk anda :



Fahamilah… apabila kita tewas dalam cinta, jangan berhenti berdoa kepada Tuhan untuk mencapai apa yang dihajatkan. Jika setiap doa kita tidak dimakbulkan, setiap hajat dan permintaan kepada Allah s.w.t sekian lama, tidak ditunaikan, itu sebenarnya bermaksud .
..



Allah sayangkan kita… Dia rindukan kita untuk selalu menyebut namanya. Kalau sekali berdoa terus dapat jodoh dan terus bahagia… mungkin kita tidak akan hargai pemberian itu malah terus melupakan Tuhan yang Maha Esa. Jadi, teruskan lah berdoa kepadaNya setiap masa. InsyaAllah, suatu hari nanti pencarian kita akan berakhir dengan sebuah kebahagiaan yang sejati.
aminnnn......

Jika masih terpikat…!!




Bismillahhirahmanirahim…

“Ramai yang berkata lelaki sama saja, semuanya penipu dan sukar difahami.”




Dalam erti kata lain… LELAKI TIDAK BOLEH DIPERCAYAI! Betul ke? Logik ke? Takkan semua lelaki macam tu… bukankah Allah jadikan kehidupan kita dan alam semesta ini, balance? adil? Bukan kah Tuhan telah aturkan,

* Ada yang baik, pasti ada yang jahat. Ada sedih, sure akan ada gembira. Ada bahagia mesti ada duka. Ini adalah untuk keseimbangan alam kita.

Itu logiknya, BUKAN semua begitu, mesti ada yang sebaliknya...itu yang sesuatu tidak boleh disangkalkan lagi. JADI, TIDAK BOLEH kita berkata,



…Kita bagi cinta lebih-lebih atau sepenuhnya kepada lelaki pun dia menipu jugak. Kita bagi sikit-sikit lagi dia komplen dan curang.



Itulah kata wanita selalunya. Bukan semua wanita la kan, some of them lah.

, wanita-wanita yang selalu fikir yang mereka lebih tahu…



Sebenarnya untuk anda memahami situasi ini… Kita kena memberi peluang kepada diri kita sendiri untuk menerima bahawa… kenyataannya adalah, apabila lelaki masih lagi tidak puas hati atau masih terus curang dan MASIH TERPIKAT pada yang lain adalah kerana lelaki ini tidak benar-benar cinta kepadanya! That’s it and that’s all…



* Bukan sebab lelaki tu complicated atau suka curang atau memang dasar lelaki…ianya adalah kerana lelaki itu masih belum berjumpa dengan wanita yang dia benar-benar cinta!

Seriously, kalau lelaki itu sudah berjumpa dengan wanita yang dia benar-benar cinta, dia akan sentiasa menggelisah nak bersama sentiasa. Nak call setiap masa, nak dengar suara… nak berkepit, asyik teringat-ingat je especially bila berjauhan. Tak ada masa dah nak terpikat kat girl lain… tengok girl pun dia naik bosan, sebab yang dia nak tengok adalah gadis yang dia cintai!!…



SO, girls kalau lelaki tu masih terpikat pada girl lain tu that means, anda masih belum berjumpa dengan lelaki yang benar-benar mencintai anda… Asyik duk jumpa lelaki yang hanya nak main-main je, …in fact, walau seribu lelaki sekali yang anda telah bercinta, dan lelaki itu tetap berubah hati dan masih terpikat pada yang lain… The reason is so obvious, he’s NOT THE ONE!



Anda masih belum jumpa the right one. So, keluar dari perhubungan itu, dan bersama dengan yang betul-betul serius tentang masa depan bersama, serius mahu mendirikan rumahtangga. Serius for you, that’s it! Okay?:)